Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Bekas pegawai MFA dipenjara 15 bulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bekas pegawai MFA dipenjara 15 bulan

Feb 20, 2014 | 04:09 PM

BEKAS ketua protokol Kementerian Ehwal Luar (MFA), Lim Cheng Hoe, 61 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara 15 bulan hari ini.

Bekas pegawai kanan pemerintah itu, sebelum ini telah mengaku salah ke atas 10 tuduhan menipu yang sebahagian besarnya melibatkan pembelian kuih tart bagi kementerian itu.

Lim yang telah bertugas selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam, telah menipu pemerintah dengan mencuri sejumlah $88,997, dengan cara memalsukan tuntutan bagi pembelian kuih tart dan wain, yang sebenarnya tidak dibeli itu.

Pihak pendakwa raya telah meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara selama 18 bulan ke atas Lim tetapi peguam bela, Encik Philip Fong, menghujahkan bahawa hukuman penjara antara lapan hingga 10 bulan dan denda adalah memadai.

Meminta hukuman bagi anak guamnya diringankan, Encik Fong berkata, Lim bukan hanya telah memulangkan sepenuhnya wang yang dicurinya itu, dia juga tidak mendapat faedah secara peribadi hasil daripadanya, dan membuat tuntutan palsu itu hanya kerana ingin melepasi birokrasi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3