Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai NEA didakwa rasuah lebih $500

Mar 08, 2023 | 05:30 AM



SEORANG bekas pegawai Agensi Sekitaran Nasional (NEA) telah dituduh melakukan kesalahan rasuah melibatkan lebih $500 secara keseluruhan.



Mohamad Shahril Selasa, 32 tahun, didakwa mendapat atau cuba mendapatkan rasuah dalam bentuk pinjaman daripada 13 orang yang menyelia dormitori ketika itu.



Menurut dokumen mahkamah, dia didakwa mendapat $293 sebagai rasuah dan cuba mendapatkan $241 lagi.



Sebanyak 19 tuduhan rasuah dijatuhkan ke atasnya pada Selasa.



Shahril bertugas sebagai pegawai kawalan vektor di agensi itu apabila dia melakukan kesalahan tersebut pada November dan Disember 2021.



Menurut senarai kerja di laman web MyCareersFuture, tugas pegawai kawalan vektor termasuk membantu menjalankan kerja pengawasan berkaitan kawalan haiwan perosak seperti tikus dan nyamuk.



Shahril, yang sudah tidak bekerja bersama NEA, dituduh melakukan kesalahan itu sebagai ganjaran menunjukkan kelonggaran semasa operasi kawalan vektor di dormitori.



Setiap tuduhan melibatkan antara $7 dan $70.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, NEA berkata Shahril bekerja sebagai pekerja kontrak selama setahun untuk NEA.



Kontraknya tamat pada 1 April 2022.



"NEA tidak membenarkan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang Singapura oleh pegawainya dan tidak mengamalkan sikap tidak bertolak ansur terhadap semua bentuk tingkah laku rasuah.



"NEA telah bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan, dan akan terus berbuat demikian bagi prosiding mahkamah," kata jurucakap agensi itu.



Shahril dijangka mengaku bersalah pada 21 April.



Bagi setiap pertuduhan rasuah, pesalah boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda hingga $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >