Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai penjara dipenjara kerana kongsi maklumat sulit dengan banduan

Sep 09, 2022 | 04:48 PM



DENGAN harapan seorang banduan tidak akan menimbulkan masalah buatnya di tempat kerjanya, seorang pegawai penjara berkongsi maklumat sulit, termasuk nombor telefon teman wanita seorang banduan lain, dengan lelaki itu.



Muhammad Zul Helmy Abdul Latip juga memberitahu usia seorang banduan daripada kumpulan kongsi gelap lain kepada Abdul Karim Mohamed Kuppai Khan, 36 tahun, yang merupakan ketua sebuah kumpulan kongsi gelap.



Zul, 33 tahun, tidak lagi berkhidmat sebagai pegawai penjara.



Dia mendapatkan maklumat itu daripada sistem komputer Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang dikenali sebagai Sistem Pemulihan dan Operasi Penjara II (Ports II).



Dia dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu hari ini (9 September) selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.



Zul merupakan bekas pegawai penjara kedua yang dipenjara baru-baru ini kerana berkongsi maklumat tentang banduan lain dengan Abdul Karim.



Pada 24 Ogos lalu, seorang bekas rakan sekerjanya, Muhammad Fattahullah Mohd Nordin, 38 tahun, turut dipenjara 10 minggu selepas dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.



Kes melibatkan Abdul Karim, yang juga dikenali dengan gelaran Dio, masih dinanti untuk dibicarakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >