Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemain polo air negara Dr Tan Eng Liang meninggal dunia pada usia 85 tahun

May 28, 2023 | 09:50 PM



BEKAS Menteri Negara Kanan Dr Tan Eng Liang, yang juga bekas pemain polo air negara dan pegawai sukan veteran Singapura, telah meninggal dunia pada Ahad. Beliau berusia 85 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarganya pada Ahad, Dr Tan meninggal dunia setelah bertarung dengan penyakit barah peringkat lanjut.

“Kami sangat berdukacita kerana dia adalah seorang bapa yang setia dan seorang datuk yang menyayangi kami tanpa syarat. Dia mengajar kita nilai-nilai yang kukuh untuk dihayati dan telah menunjukkan prinsip-prinsip ini di dalam kehidupannya sendiri”

Sebelum menyertai politik, beliau terkenal sebagai seorang pemain polo air negara.

Beliau pernah mewakili Singapura dalam Sukan Olimpik Melbourne 1956 dan menangi pingat emas di Sukan Seap pada 1965 dan 1967.

Adik-beradiknya, Encik Tan Eng Bock dan Encik Tan Eng Chai, juga merupakan pemain polo air negara yang telah mewakili negara dalam Sukan Seap dan Sukan Asia. Kedua-dua adik beradik telah meninggal dunia pada 2020.

Dr Tan juga merupakan Cendekiawan Rhodes pertama Singapura - yang pada masa itu juga yang pertama di Malaysia dan Brunei. Beliau memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang kimia dari Universiti Oxford pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada 1972, mewakili kawasan undi River Valley sebagai Anggota Parlimen (AP).

Pada 1975, beliau dilantik sebagai Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara) dan sebagai Menteri Negara Kanan (Kewangan) pada 1979.

Meskipun tidak lagi beraksi dalam sukan polo air, beliau tetap menabur bakti kepada arena sukan. Dari 1975 hingga 1991, beliau menyandang jawatan sebagai pengerusi Majlis Sukan Singapura (SSC), yang kini dikenali sebagai Sports Singapore.

Beliau juga berkhidmat sebagai naib presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) selama 28 tahun, sebelum berundur pada 2020 setelah menghidapi penyakit barah paru-paru Tahap 4.

Pentadbir sukan veteran itu menerajui 12 sukan utama sebagai chef-de-mission, bermula dari Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1984.

Presiden SNOC Encik Tan Chuan-Jin, dalam satu kenyataan di Facebook, menyifatkan Dr Tan sebagai “seorang gergasi” yang telah menyediakan piawaian yang tinggi bagi arena sukan di Singapura.

“Beliau menuntut yang terbaik bukan sahaja daripada atlet dan pegawai tetapi dari dirinya sendiri. . Dia juga mempunyai hati emas dan sangat mengambil berat tentang atlet, sukan dan Singapura.

“Cara terbaik mengingati Eng Liang adalah dengan terus mengibarkan bendera kita setinggi-tingginya ketika kita bersaing ... dan memberikan yang terbaik, berkelakuan dengan penuh hormat, berlatih bersungguh-sungguh dan bersaing dengan sepenuh hati kita,” kata Encik Tan, yang juga Speaker Parlimen dan AP bagi GRC Marine Parade.

Dr Tan meninggalkan seorang isteri, tiga orang anak dan lima cucu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >