Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Bekas penagih sumbang bakti edar bakul amal

Jun 13, 2017 | 05:30 AM



ENCIK Abdullah Jamal pernah berasa kepayahan dan cabaran hidup dalam serba kekurangan.



Setiap tahun, pada Ramadan, beliau akan menerima bantuan dan habuan daripada badan-badan amal yang membantu meringankan beban keluarganya menjelang Hari Raya.



Beliau mendapati kehidupan sebagai bekas penagih dadah tidak mudah, namun Encik Abdullah, 62 tahun, bertekad merubah hidupnya demi masa depan dan keluarganya.



Kini setelah bebas dadah hampir lima tahun, Encik Abdullah mengambil keputusan menyertai relawan lain membantu badan SimplyIslam.sg mengagih hamper makanan projek 'Bakul Amal Ramadan' kepada keluarga memerlukan di serata Singapura.



"Saya tahu apa yang dirasakan oleh keluarga susah ini kerana dahulu saya pernah mengalaminya sendiri.



"Bagi saya, ini adalah salah satu cara saya membantu serta menyumbang kembali kepada masyarakat," kata Encik Abdullah.



Semangat murni Encik Abdullah dan sekitar 30 sukarelawan lain mendapat pujian daripada Setiausaha Parlimen (Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan), Encik Amrin Amin.



"Sungguh indah rasanya dapat melihat sukarelawan berkumpul bersama, mengambil sedikit masa daripada jadual harian mereka pada hari Ahad ini bagi membantu mengedarkan Bakul Amal Ramadan kepada keluarga memerlukan.



"Saya rasa inisiatif sebegini mempamerkan nilai murni umat Islam, terutama pada Ramadan ini.



"Saya harap kita tidak berhenti pada bulan ini dan cuba melakukannya dengan lebih kerap," kata Encik Amrin, yang turut menyampaikan mesej antidadah dan mengagihkan pelekat kereta kempen Dadah Itu Haram kepada para relawan itu.



Projek amal yang diadakan buat kali ke-10 itu berjaya mengutip dana sekitar $60,000 tahun ini - lebih daripada sasaran sebanyak $40,000.



Sebanyak 200 keluarga memerlukan mendapat bakul amal tersebut.



Projek tersebut turut disokong Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >