Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGHUJUNG SYAWAL

Bekas penduduk Kampung Pasir Panjang beraya bersama Mufti

Jul 10, 2018 | 05:30 AM



SETELAH lebih 30 tahun berpisah, bekas penduduk Kampung Pasir Panjang 'bertemu kembali' di alam maya menerusi wadah sembang WhatsApp, sekitar dua tahun lalu.



Kelmarin, mereka berhimpun di majlis perjumpaan Hari Raya yang dihadiri Mufti Dr Mohamad Fatris Bakaram, juga seorang bekas penduduk kampung itu.



Seramai 300 orang, termasuk bekas penduduk Lorong Sarhad, Lorong Sari dan Lorong Puspa serta ahli keluarga mereka, menghadiri jamuan di Furama RiverFront.



Pengerusi Jawatankuasa Kampung Pasir Panjang (KPP), Ustaz Fitras Bakaram, yang juga abang Mufti, berkata jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk mengumpulkan kembali bekas penduduk kampung.



"Disebabkan kepesatan kemajuan negara kita ini, kita semua terpaksa berpisah berpindah meninggalkan kampung halaman yang tercinta dan menuju ke haluan masing-masing, tetapi kenangan waktu bersama sekampung dahulu sudah terpahat dalam ingatan kita," ujar Ustaz Fitras.



Jawatankuasa itu juga menganjurkan perjumpaan hari keluarga KPP yang diadakan di East Coast pada Februari tahun lalu.



Sejak itu, jawatankuasa tersebut juga menganjurkan projek amal dan kegiatan seperti berbasikal bersama.



Dalam perjumpaan kelmarin, bekas penduduk kampung mengimbas kenangan beraya di kampung dahulu.



Guru bebas Cik Norhayati Mohd Yunos menceritakan pengalaman keluarganya membuat dodol menjelang Hari Raya.



"Saya ingat saya perlu beli 100 biji kelapa. Saya membawanya dalam troli dan berjalan dari pasar ke rumah, yang jaraknya sekitar satu kilometer.



"Dengan bantuan bujang-bujang kampung, keluarga saya akan kacau dodol itu bermula dari selepas Maghrib sampai selepas sahur," ujar Cik Norhayati, 45 tahun.



Seorang lagi bekas penduduk Kampung Pasir Panjang, Encik Mohamed Juwahir Juki, 56 tahun, rindu dengan keakraban antara penduduk kampung.



"Semangat berjiran di kampung amat berbeza dengan kehidupan di flat sekarang," ujar Encik Juwahir, yang sudah bersara.



Mantan jururawat, Cik Julia Hassan, 56 tahun, berkata antara pengalaman tidak dapat dilupakan adalah menangkap ayam untuk disembelih menjelang Syawal.



"Arwah bapa memang selalu disuruh orang untuk sembelih ayam. Sayalah yang tukang pegang ayam," ujar Cik Julia, sambil tertawa.



Ramai penduduk kampung itu juga dahulu belajar agama dengan bapa Mufti, Allahyarham Kiayi Bakaram, dan meluahkan rasa gembira Mufti berasal dari kampung mereka.



"Orang tanya Mufti dari mana? Lorong Sarhad, Pasir Panjang. Semua orang kampung ingat," ujar Cik Julia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >