Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengarah Muis didakwa atas tuduhan tipu, salah guna komputer

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



BEKAS pengarah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah didakwa di mahkamah pada Jumaat berhubung urus niaga kewangan melibatkan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan Irsyad Trust Limited (ITL).



Razak Mohamed Lazim, 55 tahun, dikenakan lima tuduhan di bawah Akta Salah Guna Komputer dan dua tuduhan menipu Temasek Foundation International CLG Limited (TF Intl).



Razak pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Kanan Madrasah Muis dan Pengarah Eksekutif Madrasah Irsyad. Dia kini Ketua Pegawai Eksekutif ITL.



Tuduhan melibatkan Temasek Foundation melibatkan dua saranan bagi mendapatkan geran bagi programnya.



Dia didakwa memberi gambaran palsu bahawa ITL mempunyai kaitan dengan Madrasah Irsyad.



Hasil penipuan itu, ITL menerima dana berjumlah $784,900 antara Disember 2018 dengan September 2020.



Bagi dakwaan di bawah Akta Salah Guna Komputer pula, Razak didakwa memberi arahan kepada individu bernama Saifulrijal Salleh untuk melakukan satu pengubahsuaian yang tidak dibenarkan bagi kandungan komputer.



Razak mengarahkan Saifulrijal memindahkan kandungan dalam akaun e-melnya di bawah "razak@irsyadtrust.com.sg" ke server e-mel Irsyad Trust Limited dan menamakan semula akaun berkenaan sebagai "itl_razak@irsyad.sg" - iaitu akaun yang dihoskan oleh server e-mel Madrasah Irsyad.



Kes Razak akan didengar lagi di mahkamah pada 17 Mac.



Pada 2021, Muis berkata ia sedang menjalankan semakan mengenai urus niaga kewangan selepas madrasah itu membuat laporan polis setelah satu e-mel sulit dibocorkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.



ITL ditubuhkan sebagai syarikat berasingan oleh Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Irsyad (MMC) sebagai Irsyad Foundation Limited pada 2006.



Pada 2008, madrasah itu menyertai Sistem Madrasah Bersama (JMS) Muis tetapi pengurusan madrasah terus memantau usaha mengumpul dana termasuk projek antarabangsa.



Pada 2014, usaha mengumpul dana antarabangsanya dipindahkan ke ITL.



Semasa audit kewangan tahunan pada 2016, MMC didapati membenarkan pindahan wang $2 juta kepada ITL bagi operasi antarabangsa.



Muis mengarahkan supaya ITL membayar balik wang itu kepada madrasah. ITL telah mengembalikan wang itu sepenuhnya kepada madrasah pada 2016.



Dalam kenyataan media pada Jumaat, Muis berkata:



"Muis memandang serius isu seperti ini dan terus mengambil langkah untuk memperkukuhkan selia tadbir dalam institusi agama kita. Muis telah meneliti hal ini dengan aktif. Awal dari ini, Muis sudah memfailkan laporan polis dan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka."



Tambah Muis, ia tidak dapat memberi komen lebih lanjut memandangkan ia sudah menjadi kes mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >