Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pengarah Madrasah Irsyad Muis didakwa atas tuduhan tipu, salah guna komputer

Feb 17, 2023 | 09:57 PM



Seorang bekas pengarah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah didakwa di mahkamah pada Jumaat (17 Feb) dalam satu kes berkaitan dengan urus niaga kewangan yang melibatkan Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan Irsyad Trust Limited (ITL).



Razak Mohamed Lazim, 55 tahun, yang pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Kanan Madrasah Muis dan Pengarah Eksekutif Madrasah Irsyad, dihadapkan dengan tujuh tuduhan di bawah Akta Salah Guna Komputer dan Kanun Keseksaan. 



Razak, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ITL,  dihadapkan dengan dua dakwaan berkaitan dengan menipu Temasek Foundation International CLG Limited (TF Intl). Dalam dua saranan mendapatkan geran bagi programnya, dia didakwa memberi gambaran palsu bahawa ITL mempunyai kaitan dengan Madrasah Irsyad.



Hasil penipuan itu, ITL menerima dana berjumlah $784,900, antara Disember 2018 dengan September 2020.



Baki lima dakwaan adalah berhubung dengan Akta Salah Guna Komputer, antara lain telah memberikan arahan kepada individu bernama Saifulrijal Salleh dalam satu pengubahsuaian yang tidak dibenarkan bagi kandungan komputer. 



Razak mengarahkan Saifulrijal supaya memindahkan kandungan dalam akaun emelnya di bawah  “razak@irsyadtrust.com.sg” ke server email Irsyad Trust Limited dan menamakan semula akaun berkenaan sebagai “itl_razak@irsyad.sg” - iaitu akaun yang dihoskan oleh server emel Madrasah Irsyad. 



Pada 2021, Muis berkata ia sedang menjalankan semakan berhubung dengan urus niaga kewangan selepas madrasah itu membuat laporan polis setelah satu emel sulit dibocorkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.



ITL ditubuhkan sebagai syarikat berasingan oleh Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Irsyad (MMC) sebagai Irsyad Foundation Limited pada 2006, dua tahun sebelum madrasah tersebut menyertai Sistem Madrasah Bersama (JMS) di bawah Muis. 



Tiada kaitan antara ITL dengan Muis sejak Januari 2021, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa menjawab soalan mengenai hal itu di Parlimen pada 2021.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >