Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pesakit barah, tunang abadikan tempoh cinta diuji di ruang kemoterapi dalam foto kahwin

Nov 28, 2020 | 11:07 PM



BUNGA-BUNGA cinta sejati yang tidak mengenal erti penat lelah berkorban apa sahaja mekar di hati Encik Muhammad Aziz Firdaus Abdullah dan Cik Nurul Artika Raemi.



Pada Sabtu (28 November), kedua-duanya yang sudah bertunang mengambil keputusan merakam foto perkahwinan mereka di ruang kemoterapi Institut Barah Universiti Nasional, Singapura, kerana ia cukup simbolik buat mereka.



Di situlah, Encik Aziz, 28 tahun, menjaga Cik Artika, 26 tahun, seorang jururawat, dengan curahan kasih sayang dan sokongan emosi tiada tolok bandingnya apabila kekasih hatinya itu dikesan menghidap penyakit barah payu dara pada Ogos 2018.



Cik Artika kemudian menjalani pembedahan mastektomi (membuang payu dara) pada September tahun tersebut disusuli dengan rawatan kemoterapi pada Disember. Rawatannya itu tamat pada April tahun lalu dan sejak itu, beliau sudah pulih daripada barah.



Pasangan ini merakam foto perkahwinan mereka sebelum majlis persandingan berlangsung pada 12 Jun 2021.



"Awalnya saya tidak merasakan apa-apa sehinggalah saya berada di ruang bedah (bagi mastektomi) maka saya menyedari saya akan kehilangan sebahagian daripada diri saya yang menjadikan saya seorang wanita. Ia merupakan satu proses yang sangat sukar bagi saya dan saya tidak boleh melihat diri saya di cermin bagi tempoh yang lama.



"Walaupun perjalanan ke arah mencintai diri sendiri adalah panjang...saya mempunyai keluarga yang banyak memberi dorongan serta seorang kekasih hati yang ada di sisi saya, sesuatu yang cukup disyukuri," katanya dalam wawancara bersama akhbar The Straits Times. 



Kebiasaannya, agak jarang bagi wanita muda seperti Cik Artika dikesan dengan penyakit barah payu dara. Wanita di bawah usia 30 tahun hanya membentuk kurang daripada 5 peratus kes pesakit barah payu dara. 



Sepanjang berbulan lamanya Cik Artika menjalani rawatan kemoterapi, Encik Aziz, seorang guru, menemaninya sambil menyemak tugasan pelajarnya.



"Tempat ini (ruang kemoterapi) kini mengingatkan kami tentang fasa paling sukar dalam hubungan kami. Walaupun ia ruang yang saya tidak mahu kunjungi lagi sebagai pesakit, ia adalah ruang yang saya tidak mahu lupakan," tambahnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >