Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas peserta Miss Universe dijel 6 minggu guna kad teman tanpa izin untuk belanja 'online'

Feb 11, 2021 | 05:14 PM



BEKAS peserta Miss Universe Singapore yang telah menghafal nombor kad debit kawan-kawannya dan kemudian menggunakan akaun mereka untuk berbelanja $2,000 dalam talian telah dijatuhkan hukuman penjara enam minggu pada Khamis (11 Feb).

 



Ashley Rita Wong Kai Lin, 27 tahun, mengaku bersalah pada Disember lalu atas empat tuduhan mengakses bahan di komputer tanpa izin.

 



Tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan sekitar $1,000 secara keseluruhannya.

 



Warga Singapura itu yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe Singapore pada 2017, telah melakukan kesalahan tersebut pada 2016 setelah putus hubungan dengan teman lelakinya.

 



Salah seorang mangsanya merupakan temannya, Encik Andrew Lim, 28 tahun.

 



Apabila Wong ternampak dompet Encik Lim yang ditinggalkan di atas meja, dia mengeluarkan kad debit Encik Lim dan menghafal nombornya sebelum meletakkannya semula ke dalam dompet.

 



Wong menggunakan butiran kad tersebut untuk membuat pembelian dalam talian antara 7 September dan 24 September 2016 bernilai lebih $700 di platform seperti Lazada Singapore.

 



Bagi setiap tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >