Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas peserta Miss Universe Singapore dipenjara 6 minggu

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas peserta pertandingan ratu, Miss Universe Singapore yang menghafal butiran kad debit rakannya dan menggunakannya untuk berbelanja $2,000 dalam talian dijatuhi hukuman penjara enam minggu semalam.



Ashley Rita Wong Kai Lin, 27 tahun, mengaku bersalah pada Disember tahun lalu atas empat tuduhan mengakses bahan di komputer tanpa izin.



Tuduhan itu melibatkan jumlah sekitar $1,000 secara keseluruhan.



Semasa menjatuhkan hukuman, mahkamah juga mempertimbangkan 27 tuduhan serupa yang melibatkan baki jumlahnya.



Warga Singapura itu, yang merupakan peserta pertandingan Miss Universe Singapore pada 2017, melakukan kesalahan itu pada 2016 setelah berpisah dengan teman lelakinya, lapor The Straits Times.



Salah seorang mangsanya ialah rakannya Andrew Lim, 28 tahun.



Apabila Wong menyedari bahawa Encik Lim meninggalkan dompetnya di atas meja, dia mengeluarkan kad debit dan menghafal perinciannya sebelum mengembalikannya ke dompet itu.



Antara 7 September dengan 24 September 2016, dia menggunakan maklumat tersebut untuk membuat pembelian dalam talian berjumlah lebih $700, di platform seperti Lazada Singapore.



Setelah Encik Lim mendapat tahu tentang transaksi yang tidak sah itu, dia berdepan dengan Wong, yang mengaku melakukan jenayah tersebut.



Mahkamah mendengar bahawa Wong sebelum ini telah menghafal butiran kad debit rakan lain, Kimberly Qwee, 26 tahun.



Pada 18 Julai 2016, Wong menggunakan maklumat tersebut untuk membayar $264.83 bagi penginapan di Hotel Clover.



Kesalahannya itu terbongkar ketika Cik Qwee tidak dapat membuat pembayaran dalam talian dengan kad debit kerana akaun banknya tidak mempunyai cukup wang.



Tetapi akaun itu sepatutnya ada wang kerana ayah Cik Qwee telah memindahkan wang kepadanya sebelum beliau berusaha melakukan transaksi tersebut, kata Timbalan Pendakwa Raya Ivan Khoo.



Semasa dia memeriksa akaunnya, beliau mendapat tahu tentang bayaran kepada Hotel Clover.



Cik Qwee pada awalnya mengesyaki bekas kekasihnya yang bertanggungjawab dan mengadu kepada Wong, tetapi kemudian mendapati bahawa rakannya itu yang melakukannya.



Wong mengakui dia bertanggungjawab. Cik Qwee kemudian memberitahu pihak banknya, yang mengembalikan jumlah keseluruhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >