Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas Sekolah Menengah Northview sesuai jadi dewan solat sementara Masjid Darul Makmur di Yishun

Apr 23, 2023 | 07:17 PM



BEKAS bangunan Sekolah Menengah Northview telah dikenal pasti sebagai lokasi bagi dewan solat sementara untuk jemaah Masjid Darul Makmur, sedang masjid di Yishun itu ditutup bagi kerja-kerja naik taraf. 


Memberi maklumat tersebut, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata beliau dan rakan-rakan Anggota Parlimen GRC Nee Soon, termasuk Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam dan Encik Louis Ng serta para pegawai masjid, antaranya Pengerusi Eksekutif, Encik Izuan Mohd Rais, telah meninjau bangunan sekolah di Yishun Ring Road dan mendapatinya sesuai.


Turut hadir dalam lawatan pada pagi Ahad itu adalah para pegawai Penguasa Tanah Singapura (SLA). 


“Ia adalah tapak yang sesuai sebagai dewan solat sementara untuk penduduk beragama Islam, bagi tujuan solat Jumaat,” kata Dr Faishal, yang juga AP GRC Nee Soon.


“Sekolah ini sudah pun dilengkapi dengan kemudahan tanjakan dan bilik air. Buat masa ini, tempat ini tampak seperti tempat yang paling sesuai. Kami sedang menguruskan logistik dan membincangkan soal sewa,” tambah beliau.


Awal sebelum itu, Dr Faishal berkata beliau dan AP lain di GRC itu telah menyampaikan usulan mereka mengenai lokasi dewan solat sementara di Yishun kepada SLA untuk dipertimbangkan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >