Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belajar dari rumah bagi beberapa kelas Sekolah Rendah Nanyang dek kes sakit naik

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



BEBERAPA kelas di Sekolah Rendah Nanyang mengikuti pembelajaran dari rumah (HBL) semalam dan hari ini selepas beberapa kes demam, batuk dan sakit tekak dikesan sejak Jumaat lalu.



"Guru-guru kami sentiasa berhubung dengan pelajar dan kami tidak menerima sebarang laporan bahawa penyakit-penyakit itu adalah Covid-19.



"Kami telah menasihatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka kekal di rumah jika mereka tidak sihat dan mendapatkan rawatan perubatan jika simptom mereka berterusan," kata pengetua sekolah itu, Cik Wong Li Peng, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.



"Pelajar akan terus diingatkan supaya mengamalkan kebersihan diri yang baik," ujar beliau.



Ibu bapa diberitahu bahawa sekolah akan membersihkan dan menyahjangkit bilik darjah dan kawasan-kawasan biasa.



Guru juga akan mengingatkan murid supaya mengamalkan kebersihan, termasuk membasuh tangan mereka dengan kerap dan mengelap permukaan untuk nyahjangkit.



"Keselamatan anak-anak amat penting dan kami akan melakukan yang perlu untuk memastikan semua langkah berjaga-jaga diambil untuk menjaga kesejahteraan mereka," tambah Cik Wong.



Sekolah itu juga telah menggantung perhimpunan fizikal pagi dan mengurangkan kegiatan berkumpulan.



"Keselamatan dan kesejahteraan pelajar amat penting bagi kami. Sekolah akan terus memantau dan menilai keadaan dengan teliti," kata Cik Wong.



Sementara itu, seorang doktor keluarga di Banyan Clinic, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata kenaikan jumlah pesakit selepas setiap cuti panjang memang dijangka.



"Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ini adalah trend saban tahun, terutama setelah peningkatan interaksi atau pelancongan pada cuti panjang.



"Bagaimanapun, kami tidak melihat kenaikan kes Covid," ujar beliau kepada Berita Harian semalam.



Dr Elly menasihati orang ramai supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga dan menggalak mengambil vaksinasi Covid-19.



"Jika anak tidak sihat, usaha pulih di rumah dan teruskan menjaga rapi standard kebersihan," nasihat beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >