Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2019: Pakej Merdeka $6.1 bilion, Bonus Bicentennial, antara yang diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat

Feb 18, 2019 | 07:55 PM



MENTERI Kewangan Encik Heng Swee Keat pada Isnin (18 Feb) menyampaikan Belanjawan yang bertujuan membantu warga Singapura menampung kos jagaan kesihatan dan memberi sokongan kepada perniagaan dan pekerja mengatasi cabaran sekitaran dunia yang berubah.



Antara inisiatif yang diumumkan ialah dana $6.1 bilion yang bertujuan memberi subsidi jagaan kesihatan kepada warga Singapura yang berusia antara 60 dengan 69 tahun, menerusi subsidi rawatan di klinik dan premium insurans Medishield Life dan tokokan Medisave selama lima tahun.



Pakej Generasi Merdeka ini akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 warga Singapura dan dijangka menelan belanja $8 bilion sepanjang hayat mereka.



Singapura menyambut ulang tahun ke-200 atau bicentennial - sejak Singapura moden wujud - tahun ini dan Encik Heng turut mengumumkan Bonus Bicentennial $1.1 bilion untuk memperingati saat mercu tanda dalam pembangunan Singapura.



Ini termasuk baucar GST sehingga $300 tunai yang akan memberi manfaat kepada 1.4 juta warga Singapura, dan rebat cukai gaji peribadi sebanyak 50 peratus, yang dihadkan kepada $200.



Dua perkara ini sebahagian rancangan jangka panjang Singapura untuk memupuk masyarakat yang prihatin dan inklusif kata Encik Heng, yang menyampaikan Belanjawan pertama sejak beliau dinamakan sebagai calon utama bagi menggantikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >