Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Belanjawan 2020: Dana baru lindung S’pura daripada paras laut yang meningkat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belanjawan 2020: Dana baru lindung S’pura daripada paras laut yang meningkat

Feb 18, 2020 | 06:41 PM

SATU dana baru yang dinamakan Dana Perlindungan Kawasan Pantai dan Banjir akan ditubuhkan untuk membantu melindungi Singapura daripada paras air laut yang meningkat, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini (18 Feb).

Dana yang akan mendapat suntikan awal sebanyak $5 bilion itu akan ditokok kemudian apabila keadaan kewangan Singapura mengizinkan.

Encik Heng berkata Singapura harus mempunyai azam menangani ancaman paras air laut yang meningkat ini.

Beliau turut mengulangi komitmen Singapura untuk menangani perubahan iklim dan negara ini sedang memainkan peranan sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.

Malah, beliau juga menggariskan rancangan untuk menjadikan sektor pengangkutan Singapura lebih mesra alam. 

Di peringkat kejiranan, satu program baru yang dinamakan Bandar Hijau HDB juga akan diperkenal dan bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga, mengitar semula air hujan dan pendinginan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3