Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023: Pemerintah bantu pasangan muda untuk beli BTO

Feb 14, 2023 | 04:26 PM



KELUARGA yang mempunyai anak serta pasangan muda yang sudah berkahwin dan berusia 40 tahun ke bawah akan diberikan keutamaan jika mereka membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) buat pertama kali mulai lewat 2022. 


Mereka juga akan diberi undi tambahan bagi permohonan flat BTO mereka, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2023 pada  Selasa. 


Ini adalah antara langkah-langkah yang diambil pemerintah untuk menyokong aspirasi perumahan golongan muda Singapura. 


“Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah pun mengetepikan sebahagian besar bekalan flat BTO untuk keluarga yang membelinya buat kali pertama. 


“Memandangkan bekalan BTO semasa yang ketat, kami akan menyediakan lebih banyak sokongan kepada kumpulan tertentu seperti keluarga yang mempunyai anak serta pasangan muda yang sudah berkahwin dan berusia 40 tahun dan ke bawah yang membeli rumah pertama mereka,” kata beliau sambil menambah bahawa lebih banyak akan dilakukan untuk membantu keluarga sedemikian mendapatkan flat BTO mereka tepat pada masa. 


Kategori pemohon kali pertama merangkumi pelbagai jenis pemohon termasuk mereka yang sudah mempunyai rumah sendiri, tetapi tidak pernah menerima subsidi perumahan sebelum ini. 


Encik Wong juga mengumumkan bahawa lebih banyak sokongan akan diberikan kepada keluarga yang ingin membeli flat jualan semula buat kali pertama. 


Bagi keluarga yang layak dan ingin membeli flat jualan semula 4 bilik atau yang lebih kecil, Geran Perumahan CPF akan dipertingkatkan kepada $30,000. 

Bagi keluarga yang layak dan ingin membeli flat jualan semula 5 bilik atau lebih besar, Geran Perumahan CPF akan dipertingkatkan kepada $10,000. 


Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) itu akan berkuat kuasa serta-merta dan jumlah geran tambahan akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka mulai April 2023. 


Bersama dengan Geran EHG dan Geran Perumahan Berhampiran, keluarga-keluarga yang layak boleh menerima geran sehingga $190,000 apabila membeli flat jualan semula. 


Bagi mereka yang belum berkahwin dan ingin membeli flat HDB jualan semula buat pertama kali juga akan mendapat manfaat daripada peningkatan kepada Geran Perumahan CPF. 


Mereka yang ingin membeli flat jualan semula 2 hingga 4 bilik akan mendapat geran tambahan daripada $25,000 kepada $40,000. 

Mereka yang membeli flat jualan semula 5 bilik akan mendapat geran tambahan daripada $20,000 kepada $25,000. 


Bersama dengan Geran EHG dan Geran Perumahan Berhampiran, mereka yang belum berkahwin dan ingin membeli flat HDB jualan semula dapat menerima geran perumahan sehingga $95,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >