Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2023

Belanjawan 2023: Perbelanjaan tujuh kementerian

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



PELBAGAI langkah membantu warga Singapura dilakarkan dalam Belanjawan 2023. Seperti tahun-tahun lepas, kementerian yang mempunyai belanjawan terbesar ialah Pertahanan, Kesihatan dan Pendidikan.



Pada Tahun Kewangan 2023, jumlah perbelanjaan merentas kementerian dijangka mencecah $104.2 bilion, meningkat sedikit daripada $102.41 bilion pada 2022.



Berikut antara rancangan perbelanjaan beberapa kementerian:



KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF)

Jangkaan jumlah perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023: $17.98 bilion



Sebanyak $17.04 bilion, akan disalurkan kepada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) - termasuk bayaran bagi peralatan ketenteraan, penyelenggaraan peralatan dan kem, serta gaji anggota kerahan.



Sebanyak $871.31 juta akan dibelanjakan bagi projek pembinaan seperti pembangunan NS Square, yang akan menggantikan platform terapung Marina Bay.



KEMENTERIAN KESIHATAN (MOH)

Jangkaan jumlah perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023: $16.88 bilion



Sebanyak $15.51 bilion akan dibelanjakan untuk memberikan lebih banyak subsidi kepada para pesakit apabila poliklinik baru dibuka di Sembawang dan Tampines North, dan untuk meningkatkan kapasiti menjelang pembukaan Kampus Kesihatan Woodlands.



Wang ini juga akan dibelanjakan untuk meningkatkan tenaga kerja bagi hospital baru, pusat pakar, poliklinik dan hospital masyarakat yang dikendalikan oleh tiga kluster penjagaan kesihatan awam.



KEMENTERIAN PENDIDIKAN (MOE)

Jangkaan jumlah perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023: $14.6 bilion



Lebih separuh, atau $7.42 bilion wang akan digunakan untuk pendidikan para pelajar yang diberikan subsidi, termasuk pelajar dari sekolah pendidikan khas serta sekolah bebas.



KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA (MND)

Jangkaan jumlah perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023: $8.74 bilion



Sekitar 86 peratus jumlah tersebut disediakan bagi geran dan suntikan modal perumahan awam.



$457.17 juta diperuntukkan untuk menaik taraf presint HDB termasuk program naik taraf lif dan Program Peningkatan Rumah (HIP).



KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA (MSF)

Jangkaan jumlah perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023: $4.16 bilion



Sekitar 94 peratus daripada $983.03 juta yang diperuntukkan bagi Kumpulan Pembangunan Keluarga, akan menyokong inisiatif perkahwinan dan keibubapaan seperti Skim Bonus Bayi dan Geran Sokongan Bayi.



KEMENTERIAN KEMAMPANAN DAN SEKITARAN (MSE)

Jangkaan jumlah perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023: $3.45 bilion



Sekitar $1.29 bilion bajet kementerian ini akan disalurkan ke Agensi Sekitaran Nasional (NEA) dalam mengekalkan mutu tinggi dalam kesihatan dan kebersihan awam, manakala $1.01 bilion disalurkan bagi projek longkang besar seperti fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam ($513.74 juta) dan rancangan pengembangan rangkaian pembetungan di Sengkang dan Punggol ($17.02 juta).



KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI (MHA)

Jangkaan jumlah perbelanjaan bagi Tahun Kewangan 2023: $8.29 bilion



Sekitar 88 peratus, atau $7.27 bilion, akan diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, dengan polis mengambil separuh ($3.63 bilion), diikuti oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) $1.1 bilion; Program Pengurusan dan Pemulihan Pesalah, termasuk penjara ($694.61 juta); dan pertahanan awam ($670.06 juta).



MHA akan membelanjakan $1.02 bilion untuk pelbagai projek pembangunan tahun ini, seperti Sistem Kawalan Sempadan Automatik ICA, dan Pusat Perkhidmatan Bersepadu 24 jam, dengan kios layan diri untuk orang ramai mengambil dokumen menggunakan teknologi biometrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >