Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023: Sokongan tambahan kepada keluarga berpendapatan rendah untuk bantu lebih berdikari

Feb 14, 2023 | 04:50 PM



SOKONGAN tambahan akan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah bagi membantu mereka mencapai kestabilan dalam kehidupan, menjadikan mereka lebih berdikari selain mempertingkat mobiliti sosial mereka. 


Pemerintah bakal mempertingkatkan beberapa inisiatif dan program yang tersedia seperti ComLink, KidSTART dan Dana Endowmen ComCare.


Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Selasa (14 Feb), Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong berkata pemerintah akan memanfaatkan skim ComLink untuk menyepadukan sokongan yang sama merentas pelbagai program yang ditawarkan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah.


Ini akan dilakukan menerusi Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) yang akan bekerja rapat dengan rakan kongsi bersama. 

Butiran lanjut akan dikongsi di sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). 


Sementara itu, pemerintah juga akan memperuntukkan tambahan sebanyak $300 juta bagi Dana Endowmen ComCare. 


Ini bagi memastikan dana ini dapat terus memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga berpendapatan rendah ini dalam mengharungi persekitaran inflasi lebih tinggi.


Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan berkata pemerintah juga telah menetapkan sasaran untuk menyokong sekitar 80 peratus kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga berpendapatan rendah, bermula pada 2023, dengan mengembangkan program KidSTART kepada seluruh negara. 


“Kita tahu bahawa isu yang dihadapi oleh individu dan keluarga berpendapatan rendah adalah rumit dan mempunyai pelbagai aspek. 


“Oleh itu, kami memerlukan pendekatan berpusatkan keluarga untuk menyediakan keluarga ini dengan sokongan holistik dan menyeluruh, dan membantu mereka membuat perubahan yang berkekalan dalam kehidupan mereka,” kata Encik Wong. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >