Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN: SOKONGAN BAGI PENIAGA & PERNIAGAAN

Belanjawan ambil pendekatan seimbang tangani keprihatinan niaga dan pekerja: Badan niaga

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



BELANJAWAN 'Bangkit Lebih Kukuh Bersama' - yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, kelmarin - mengambil pendekatan seimbang untuk menangani keprihatinan perniagaan dan pekerja dalam jangka masa terdekat ini sedang perniagaan menghadapi laluan tidak setara ke arah pemulihan, kata Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).



Ia juga memacu pertumbuhan ekonomi Singapura sedang peluang baru muncul di dalam negara dan di peringkat sejagat sementara menyediakan sokongan lebih khusus bagi sektor yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.



Misalnya, Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dilanjutkan untuk enam bulan lagi bagi sektor paling terjejas oleh Covid-19 - penerbangan, aeroangkasa dan pelancongan - merupakan bantuan yang dialu-alukan bagi perniagaan.



"Pendekatan berhati-hati ini membolehkan perniagaan memelihara keupayaan teras yang penting bagi pemulihan dan pertumbuhan masa depan," kata SBF dalam kenyataannya kelmarin.



Usaha lain seperti lanjutan sokongan dipertingkat di bawah Geran Bantuan Persediaan Pasaran (MRA) akan terus menggalak perniagaan menebarkan sayap ke luar negara, manakala Program Teknologi Baru pula akan membantu syarikat memulakan atau mempercepatkan penggunaan teknologi untuk memacu inovasi proses dan produk.



Tempoh pengambilan pekerja yang dilanjutkan di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) untuk tujuh bulan lagi pula akan menggalak lebih banyak syarikat dalam sektor yang berkembang mempercepatkan pelan pengambilan pekerja mereka, terutamanya pekerja matang, kata SBF.



Sokongan tambahan di bawah skim itu, di mana syarikat akan menerima sokongan gaji bagi tempoh sehingga 18 bulan jika mereka menggajikan pekerja matang, bekas pesalah dan individu kurang upaya, juga akan membantu mewujudkan tenaga kerja lebih pelbagai dan inklusif.



Pengerusi SBF, Encik Lim Ming Yan, berharap perniagaan boleh memanfaatkan sepenuhnya langkah-langkah sokongan perniagaan supaya dapat kekal berdaya saing dan relevan dalam landskap perniagaan baru.



"SBF akan terus mendekati anggota kami dan rakan perdagangan dan dewan perniagaan (TAC) untuk memanfaatkan pelbagai skim dan inisiatif, memaksimumkan potensi perniagaan mereka dan merebut peluang baru dalam ekonomi pasca-Covid," kata beliau.



Sementara itu, Dewan Perniagaan Antarabangsa Singapura (SICC) dalam kenyataannya berkata Belanjawan yang dibentangkan kelmarin itu adalah "wajar, tertumpu dan lebih khusus".



"Ia wajar kerana kesan pandemik Covid-19 masih bersama kita dan bantuan jangka pendek lanjut diperlukan untuk membantu perniagaan paling terjejas dan kakitangan mengekalkan keupayaan.



"Tertumpu kerana ini sebuah pemerintah yang merancang bagi kesejahteraan masa depan rakyatnya dan kekal komited dalam strateginya untuk menggalak dan membolehkan perniagaan berubah dan kakitangan mempertingkat daya kerja dan kemahiran mereka.



"Tersasar kerana dana adalah terhad dan oleh itu, mesti digunakan secara berhati-hati untuk menyokong sektor yang paling terjejas oleh kemerosotan ekonomi disebabkan pandemik dan rakyat yang sangat memerlukan bantuan. Secara keseluruhannya, ini sebuah Belanjawan bagi kemampanan sosial, ekonomi dan persekitaran," kata SICC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >