Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023

Belanjawan bantu warga harungi kos sara, hadapi era pascapandemik

* Warga usia 21 tahun dan ke atas yang layak diberi bayaran khas sekali $200-$400 pada Jun 2023 * Tambahan geran perumahan bagi pembeli flat jualan semula kali pertama
Feb 15, 2023 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, membentangkan Belanjawan Negara 2023 yang antara lain bermatlamat membantu warga Singapura menangani kos sara hidup lebih tinggi di samping mempersiapkan mereka dalam era baru pascapandemik.



Beliau menyatakan kepentingan untuk mengambil "langkah tegas" bagi menjamin prospek Singapura dengan mengembangkan ekonomi, melengkapi pekerja dan mengukuhkan kompak sosial.



Ia juga menangani isu yang menjadi keprihatinan warga seperti masa menunggu lebih lama bagi membeli flat dan meningkatkan sokongan bagi pasangan yang mempunyai anak.



Akur dengan keprihatinan ramai mengenai kenaikan inflasi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas yang layak akan menerima satu bayaran khas sekali antara $200 dengan $400 pada Jun 2023.



Sekitar 2.5 juta warga Singapura dengan pendapatan tahunan $100,000 dan ke bawah, dan tidak mempunyai lebih satu hartanah, dijangka dapat meraih manfaat daripada Bayaran Khas Kos Sara Hidup (COL) 2023 yang merupakan tambahan di bawah Pakej Jaminan yang diumumkan pada Selasa.



Langkah tambahan lain yang diumum di bawah Pakej Jaminan termasuk memberi Bonus Warga Emas COL 2023 antara $200 dengan $300 bagi warga emas yang berusia 55 tahun dan ke atas dan menggandakan Rebat U-Save yang akan diberi bagi baki tiga kali tahun ini hingga $760.



Selain itu, jumlah diberikan di bawah skim Baucar GST (GSTV) untuk membiayai perbelanjaan ekoran kenaikan GST untuk rakyat Singapura yang berpendapatan rendah hingga sederhana, akan meningkat daripada $500 kepada $700 pada 2023 bagi mereka yang tinggal di rumah dengan nilai tahunan $13,000 dan di bawah. Ini akan dinaikkan kepada $850 mulai 2024 dan seterusnya.



Bagi membantu pembeli flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) jualan semula kali pertama, geran perumahan dinaikkan sebanyak $30,000 bagi keluarga yang membeli flat empat bilik atau lebih kecil dan $10,000 bagi mereka yang membeli flat lima bilik atau lebih besar.



Tambahan undi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak dan pasangan berkahwin berusia 40 tahun dan ke bawah yang membeli rumah pertama mereka.



Bantuan juga disediakan bagi membantu pekerja platform termasuk pekerja penghantaran makanan dan pemandu teksi yang bergaji $2,500 atau ke bawah mendapat pelepasan apabila kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) ditingkatkan.



Bagi empat tahun pertama selepas kadar CPF yang lebih tinggi dilaksanakan, kumpulan pekerja platform berpendapatan rendah ini akan mendapat sokongan tambahan untuk mengurangkan kesan gaji yang dibawa pulang, kata Encik Wong.



Demi meningkatkan kesuburan dan sokongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil, mereka akan menikmati lebih banyak faedah kewangan - daripada hadiah wang tunai kepada geran dan pelepasan - serta lebih banyak cuti bapa.



Bagi tahun fiskal 2023, Encik Wong menjangkakan defisit sebanyak $0.4 bilion atau 0.1 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP).



Ia berbanding defisit sebanyak $2 bilion secara keseluruhan, atau 0.3 peratus daripada GDP untuk tahun fiskal 2022.



"Kali ini, kami berada dalam kedudukan berbeza. Ekonomi kami telah pulih ke tahap sebelum Covid-19. Tetapi, kami terus berada dalam kedudukan fiskal yang ketat.



"Oleh itu, besar kemungkinan kami tidak boleh mengembalikan apa yang telah kami keluarkan daripada rizab lampau," kata Encik Wong.



Merumuskan mengenai Belanjawan tahun ini, Encik Wong berkata Belanjawan ini melakarkan usaha untuk untuk melangkah ke hadapan dalam era baru - satu tempoh yang tidak menentu dan bermasalah dalam sekitaran luaran, yang menimbulkan cabaran yang sukar.



"Kita sedang mengambil langkah menyeluruh bagi membantu rakyat Singapura mengharungi tekanan kos kehidupan yang dihadapi ketika ini. Yang penting, kita membuat langkah tegas bagi menjamin prospek Singapura dengan mengembangkan ekonomi, melengkapi para pekerja, mengukuhkan kompak sosial dan membangunkan negara yang lebih utuh,'' kata DPM Wong.



Meskipun laluan ke hadapan tidak mudah, warga Singapura tidak pernah 'lari' dari cabaran. Bahkan, generasi demi generasi telah bekerja keras untuk membawa Singapura ke hadapan.



"Sebagai sebuah warga negara yang bersatu, kita akan maju ke hadapan dengan penuh yakin dalam era baru, dan mencipta masa hadapan dan Singapura yang lebih baik bersama,'' tambahnya.




APA KATA PM LEE HSIEN LOONG



"Pemerintah akan membantu rakyat Singapura melalui tempoh yang sukar. Belanjawan 2023 menyediakan peningkatan bagi menangani kesan ke atas perniagaan, keluarga dan individu, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah. Generasi demi generasi telah bekerja keras dan berkorban untuk membawa Singapura ke hadapan. Adalah menjadi tanggungjawab generasi kita untuk mengekalkan perkara ini, berfikir dan merancang untuk generasi mendatang, dan memastikan Singapura berkembang maju. Kita telah menghadapi banyak masa sukar sebelum ini. Selagi kita terus membina masa depan, merebut peluang baru dan menjadi lebih berdaya tahan sebagai sebuah rakyat yang bersatu, kita boleh bergerak ke hadapan dengan yakin dalam era baru.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >