Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Belanjawan Singapura 2018: Khidmat sosial, jagaan kesihatan bagi warga tua kini di bawah MOH

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belanjawan Singapura 2018: Khidmat sosial, jagaan kesihatan bagi warga tua kini di bawah MOH

Feb 19, 2018 | 06:07 PM

MULAI April, kesemua khidmat sosial dan yang berkaitan dengan kesihatan warga tua akan disepadu di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) bersama Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) yang dikhususkan sebagai agensi pelaksanaan utama.

Ini akan membantu memperkemas khidmat penghantaran bagi warga tua sedang keperluan sosial dan jagaan kesihatan mereka mempunyai kaitan rapat dan memberi kesan terhadap kesejahteraan mereka, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat petang tadi.

Fungsi jagaan warga tua sosial di bawah Rangkaian Kelompok Warga Tua serta program lain yang kini di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan dipindahkan kepada MOH mulai 1 April.

Tambahan itu, Pejabat Generasi Perintis (PGO) akan bergabung dengan AIC dan menjadi badan yang akan melaksanakan inisiatif Rangkaian Masyarakat untuk Warga Tua (CNS).

PGO yang akan mendekati mereka yang berusia 65 tahun ke atas akan dinamakan semula kepada Pejabat Generasi Warga Emas, bagi mencerminkan peranannya yang baru dan dipertingkat.

Pemerintah juga akan menyemak skim ElderShield, dan perinciannya dijangka diumumkan lewat tahun ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3