Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan tumpu agihan semula harta demi perkukuh kompak sosial S'pura: AP

AP sambut baik langkah bantu warga terutama golongan paling memerlukan; dan sokongan bagi firma bina keupayaan
Feb 23, 2023 | 05:30 AM



LANGKAH sokongan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 memberi tumpuan besar pada pengagihan semula harta demi memastikan rakyat Singapura, terutamanya mereka yang paling memerlukan, mempunyai akses kepada peluang.



Namun, bagi pengagihan semula harta dapat dilaksanakan, ekonomi Singapura mesti terus berkembang dan kekal berdaya saing serta relevan dalam aturan dunia baru, kata para Anggota Parlimen (AP) dalam hari pertama perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Rabu.



Belanjawan 2023, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa lalu antara lain bertujuan membantu warga Singapura menangani kos sara hidup lebih tinggi di samping mempersiapkan mereka dalam era baru pascapandemik.



Langkah sokongan diumumkan bagi pelbagai golongan dan dalam beberapa aspek, termasuk bagi keluarga dengan anak-anak, pekerja bergaji rendah, perniagaan, perumahan, dan persediaan persaraan.



Untuk mengembangkan ekonomi negara, beberapa AP menekankan keperluan untuk membina keupayaan dan inovasi.



Cik Foo Mee Har (GRC West Coast), misalnya, berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) memanfaatkan keupayaan penyelidikan dan pengembangan (R&D) awam dan inovasi untuk membina produk dan huraian baru.



"Ini memerlukan hubungan lebih erat antara mereka dengan institut penyelidikan awam dan institut pengajian tinggi kita.



"Mencetuskan penyelidikan berimpak tinggi dan menterjemahkannya menjadi inovasi berdaya usaha yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat harus menjadi KPI (penunjuk prestasi) yang diutamakan apabila memberikan dana penyelidikan.



"Peta hala tuju inovasi dan huraian berdasarkan sektor adalah cara yang perlu diambil, dalam memupuk ekosistem SME yang inovatif," kata beliau.



Dalam soal peningkatan kemahiran pekerja, Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) berharap inisiatif Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran yang akan dirintis dalam beberapa industri akan "menyatukan semua skim, kursus dan pihak berkepentingan untuk memudahkan dan melaksanakan berbanding mewujudkan lebih banyak skim dan program untuk ditambahkan kepada landskap yang sudah pun mengelirukan".



Cik Jessica Tan (GRC East Coast) pula berharap pemerintah dapat mempertimbangkan soal kemampuan khidmat penjagaan warga emas bagi keluarga yang layak menerima hanya jumlah subsidi yang kecil atau langsung tidak layak bagi mana-mana subsidi.



Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, berkata pengagihan semula harta mesti menjadi teras dasar pemerintah untuk mengelakkan risiko negara ini terbahagi kepada dua - satu Singapura bagi yang berpendapatan tinggi, dan satu lagi bagi majoriti rakyat negara di mana mobiliti sosial sukar dicapai.



Beliau, yang juga ketua Parti Pekerja (WP), turut menyatakan beberapa pengulas telah menyifatkan Belanjawan 2023 sebagai Belanjawan "Robin Hood", iaitu menyaingi golongan kaya dengan kelas rendah dan pertengahan.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) bagaimanapun berkata Belanjawan 2023 bukan Belanjawan "Robin Hood", sambil menambah ia adalah belanjawan di mana setiap orang berkongsi dan menyumbang sedikit dengan yang lain.



"Ini adalah kompak sosial kita, di mana semua orang menyumbang untuk membantu mempertingkat yang lain," kata beliau.



"Dasar dan cita-cita kami adalah usaha yang sentiasa sedang dijalankan; diperhalusi untuk disesuaikan dengan keperluan masyarakat kita dan cabaran global yang berubah," tambah beliau.



Seramai 27 AP menyertai hari pertama perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Rabu.



Perbahasan diteruskan pada Khamis.



Selain perbahasan Belanjawan 2023 itu, dua rang undang-undang telah diperkenalkan di Parlimen oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah.



Ini adalah Rang Undang-Undang Perbekalan dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (Tahun Kewangan 2022).



Di samping itu, Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok) telah membentangkan usul untuk penangguhan mengenai kesan memindahkan Sekolah Rendah Bukit View menyusuli pengumuman Kementerian Pendidikan (MOE) pada 9 Februari lalu bahawa sekolah itu akan dipindahkan ke luar kawasan undi Bukit Batok menjelang Januari 2027.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >