Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia diberkas pecah masuk bengkel, curi $2,220

Mar 10, 2020 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 19 tahun didakwa pecah masuk sebuah bengkel di Kaki Bukit Road dan mencuri $2,220 telah ditangkap.



Polis kelmarin berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu pada pagi Sabtu, lapor The Straits Times (ST).



Siasatan dan imej daripada kamera litar tertutup (CCTV) telah membolehkan pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti remaja itu dan menangkapnya di Kaki Bukit Road 4 pada hari itu.



Remaja itu ditemui dengan wang tunai $1,130 dan wang itu telah dirampas polis.



Dia didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan pecah rumah dan mencuri.



Jika sabit kesalahan, remaja itu boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan didenda.



Polis menasihatkan pemilik hartanah agar mengunci semua pintu dan tingkap dengan kekisi bermutu baik dan mangga dengan belenggu rapat apabila meninggalkan premis mereka walaupun jika untuk sebentar saja.



Mereka juga tidak harus menyimpan jumlah wang tunai dan barang berharga yang banyak di dalam premis komersial, dan memasang penggera kecurian, lampu sensor pergerakan dan CCTV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >