Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Belia M3 bersihkan Masjid Darul Aman sempena Ramadan

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



SATU perbuatan kecil boleh mendatangkan perubahan yang lebih besar kata pelajar Politeknik Republic, Encik Md Zahin Jummary, 17 tahun.



Justeru, beliau selalunya tidak perlu berfikir dua tiga kali sebelum melakukan kerja sukarelawan.



"Walau sekecil mana pun satu perbuatan itu, ia tetap boleh melahirkan kesan lebih besar yang positif apabila kesan beberapa perbuatan kecil digabungkan. Saya suka membantu orang lain kerana ia memberi saya matlamat dalam hidup dan membolehkan saya menjadi lebih sedar akan cabaran yang dihadapi oleh orang lain, katanya lagi.



Encik Zahin antara 70 sukarelawan muda dari MudaSG, kumpulan belia M3@Geylang Serai yang mengambil bahagian dalam projek membersihkan Masjid Darul Aman di Jalan Eunos pada Sabtu.



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga penasihat akar umbi di Geylang Serai, turut hadir.



Usaha membersihkan masjid itu sebahagian daripada projek amal yang diterajui MudaSG sempena Ramadan dan dijadual berlangsung pada Mac dan April ini.



Sebelum usaha membersihkan Masjid Darul Aman, kumpulan belia ini membersihkan Masjid Kampung Siglap di Marine Parade Road pada 11 Mac lalu. Pada 5 Mac lalu pula, mereka mengagih barangan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan.



Pada 9 April ini, MudaSG merancang menganjurkan majlis berbuka puasa atau iftar bersama kanak-kanak di Darul Ihsan pula.



Penglibatan anak muda dalam kerja masyarakat, terutama bergotong-royong untuk membersihkan masjid adalah satu perkara yang amat mengharukan, kata pegawai pembangunan belia di Masjid Darul Aman, Ustaz Md Faris Ilyasa Baharin, 25 tahun.



"Ia amat menggembirakan melihat para belia, yang sedia membantu dan bersikap positif untuk meluangkan masa mereka secara sukarela demi membantu menjadikan masjid tempat yang indah.



"Saya harap terdapat lebih banyak kerjasama seperti ini dan para belia akan terus meluangkan masa mereka bagi program masa depan kami," kata beliau.



Seorang peserta MudaSG yang membersihkan Masjid Darul Aman pada Sabtu ialah Nurin Insyirah Md Azhar, 15 tahun, dari Sekolah Menengah Fuchun.



"Saya sering menghadiri kelas dan ceramah yang dianjur masjid untuk meluaskan pengetahuan agama. Saya gembira saya dapat menyumbang kepada masjid," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >