Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Belia pelbagai bakat berusaha kikis prejudis terhadap golongan kurang upaya

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



Inisiatif Project Lionheart bertujuan meraikan mereka yang telah menerapkan Semangat Kesingapuraan semasa tempoh paling mencabar di Singapura - pandemik Covid-19. BERITA HARIAN bercakap dengan dua individu berinspirasi yang telah dikenal pasti oleh projek itu sebagai mereka yang telah memberi kesan kepada orang ramai semasa pandemik.




MESKIPUN didiagnos menghadapi distrofi otot sejak usianya empat tahun, perspektif Sheikh Muhd Danial terhadap kehidupan tidak terhambat.



Dengan semangat dan sikap positif, beliau berjuang untuk mengubah sikap orang ramai terhadap golongan kurang upaya.



Lebih dikenali dengan nama pentas 'Wheelsmith', beliau seorang penyanyi rap, penerbit muzik, pemain ragbi kerusi roda nasional, dan juga baru-baru ini telah menceburi dalam bidang teater sebagai pelakon.



Beliau mempunyai bakat yang terserlah dalam bidang muzik dan telah melaksanakan banyak persembahan termasuk persembahan segmen rap pada Hari Kebangsaan 2019.



Apabila menerima berita untuk mengarang dan menggubah lagu tema bagi Projek Lionheart baru-baru ini, Encik Danial berasa berbesar hati atas peluang keemasan untuk menyampaikan mesej yang tersirat kepada rakyat Singapura menerusi lagunya itu.



Menurut abang sulung lima beradik berusia 28 tahun itu, lagu tema Projek Lionheart yang berjudul "Blessed" itu disiapkan dalam masa empat hari.



"Apabila saya telah diamanahkan mencipta lagu tema itu, saya imbas semula pengalaman semasa Covid-19. Ada yang kehilangan keluarga, kehilangan sumber rezeki, kehilangan peluang dan sebagainya. Menerusi pandemik ini, kita belajar untuk ber-satu, kuatkan semangat dan hulurkan bantuan antara satu dengan lain.



"Pendek kata, saya rasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan untuk bersama-sama mengatasi pandemik ini," kongsi beliau dalam satu video virtual bersama Berita Harian (BH) bar-baru ini.



Beliau akan terlibat dalam projek itu dengan persembahan lagu tema tersebut itu, mengikut jadual, hingga Februari tahun depan.



Dengan kelonggaran sekatan Covid-19 kini, Encik Danial semakin sibuk dengan projek-projek dan kerja lain.



"Buat masa ini, saya masih mengerjakan dua lagu Melayu. Satu yang lebih mendalam maknanya berkaitan kehidupan saya dan satu lagi yang lebih rancak dan seronok diikuti ramai," kongsinya sambil meluahkan harapan agar lagu-lagunya dapat menceburi pasaran negara kejiranan.



Apabila ditemubual bersama BH, beliau baru sahaja tiba di Tokyo, Jepun, untuk melakukan satu persembahan antarabangsa minggu lalu.



"Walaupun sibuk dan penat, Alhamdulillah, saya gembira. Apa yang saya lakukan ini adalah kesukaan dan minat saya dan saya bersyukur ia menjadi periuk nasi saya. Tidak ramai yang boleh katakan kerja mereka juga adalah minat mereka," ujar beliau yang baru-baru ini telah selesai berlakon dalam persembahan teater berjudul "The 9 Fridas" di Singapore Repertory Theatre.



Selain bidang seni, Encik Danial juga seorang yang giat dalam sukan.



Sebagai presiden ragbi kerusi roda Singapura, Encik Danial tetap meluangkan masa untuk kekal aktif.



Apabila ditanya bagaimana beliau berjaya mengimbangi masanya dengan baik, beliau menjawab:



"Masa diibaratkan seperti mata wang untuk kejayaan. Dengan 24 jam yang diberikan, saya harus pandai jimat masa. Jika ada impian dan cita-cita, masa sangat penting dan tidak seharusnya disia-siakan."



Mengongsi moto kehidupannya iaitu 'berani mimpi, abdikan perekaan dan sampaikan sepenuh hati', Encik Danial pegang teguh kepada moto itu untuk mencapai impiannya dan untuk membuktikan bahawa kekurangan upayanya itu bukan satu halangan.



"Walaupun keadaan pandemik semakin pulih dalam masyarakat, saya harap belas kasihan yang ditonjolkan semasa tempoh kesukaran itu tidak pudar.



"Teruskan bertanya khabar dengan rakan-rakan, jangan juga lupa menghargai pekerja barisan hadapan kita seperti pekerja penghantar makanan. Teruskan bersikap kasih bersama, kerana saya rasa kini ia mungkin sudah berkurangan," nasihat beliau.




"Apabila saya telah diamanahkan mencipta lagu tema itu, saya imbas semula pengalaman semasa Covid-19.

Ada yang kehilangan keluarga, kehilangan sumber rezeki, kehilangan peluang dan sebagainya. Menerusi pandemik ini, kita belajar untuk bersatu, kuatkan semangat dan hulurkan bantuan antara satu dengan lain."

- Sheikh Muhd Danial yang lebih dikenali sebagai 'Wheelsmith'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >