Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia pelbagai kaum SG bincang keharmonian

Sep 12, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 17 warga muda pelbagai bangsa dan agama Singapura membincangkan evolusi, faedah dan cabaran masyarakat pelbagai budaya di Singapura, dalam sebuah program Humanity Matters Faithful Footprints semalam.

Pelajar dan alumni sekolah khusus - madrasah dan sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) - itu menyertai forum satu jam setengah untuk berkongsi pengalaman, kebimbangan dan aspirasi berkaitan pemahaman dan keharmonian kaum dan agama di Singapura.

Menurut satu kenyataan badan kemanusiaan silang agama tempatan itu, forum di auditorium Kementerian Pembangunan Negara (MND) itu dikendalikan pengarah eksekutifnya, Encik Chung Kwang Tong.

Para peserta itu disertai Setiausaha Parlimen (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.

Mereka juga bertafakur sejenak bagi memperingati ulang tahun ke-20 serangan pengganas 11 September 2001, yang mempengaruhi landskap keselamatan sosial, kestabilan, perpaduan dan keyakinan di seluruh dunia, termasuk Singapura.

Selain itu, mereka menyertai acara jejak warisan dengan lawatan ke lapan tempat ibadah dan Galeri Harmony in Diversity. Peserta juga mempelajari mengenai sumbangan pelbagai masyarakat agama kepada pembangunan sosio-ekonomi Singapura dan evolusi pelbagai budaya di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >