KEADAAN jerebu yang kian meruncing sekarang membuat sesetengah pemandu teksi terasa risau, meskipun buat masa ini ia tidak menjejas pendapatan mereka.
Kerisauan itu timbul dek bimbang kalau-kalau jerebu yang melemaskan itu menjadi semakin tebal dan orang ramai memilih duduk sahaja di rumah terutama pada hujung minggu.