Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel bina pemahaman antara agama bagi belia

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



MEMBINA pemahaman antara agama dan memberi nuansa kepada setiap agama bahawa adanya perbezaan dalaman yang turut wujud dalam setiap agama dari aspek mazhab, pemahaman, interpretasi dan pandangan terhadap isu-isu sosial.



Berkongsi dengan Berita Harian (BH), Pengarah Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib menyatakan bahawa bengkel belia yang berlangsung pagi semalam itu memberikan peluang dan ruang selamat untuk para belia dari pelbagai kaum dan agama untuk saling kenal-mengenali serta membina persefahaman melalui perkongsian pengalaman hidup dari konteks dan pandangan yang berbeza-beza.



Menurut Encik Mohamed Imran, para belia pada hari ini membesar dengan pengalaman hidup di dalam masyarakat yang majmuk dan mereka inginkan ruang untuk mendapatkan makna dalam pelbagai perbezaan yang mereka lihat dan alami terutama sekali dari segi agama.



"Malangnya, mereka seringkali menghadapi kekhuatiran untuk membicarakan mengenai agama secara jujur kerana ianya dianggap sensitif atau seringkali didominasikan oleh sesetengah pihak.



"Justeru, ruang-ruang seperti bengkel ini memberikan mereka peluang untuk bertanya dan berkongsi mengenai pandangan dan pengalaman mereka dari segi agama," ujar beliau.



Encik Mohamed Imran menambah bahawa berita baru-baru ini mengenai seorang individu yang telah menjadi radikal menunjukkan betapa ketaranya untuk seseorang itu mempunyai pemahaman dalaman di antara dan juga di dalam setiap agama.



"Seringkali, kecenderungan begini wujud dari pemahaman agama yang eksklusivis. Antidotnya ialah pemahaman agama yang damai, ramah, toleran dan dapat menerima serta memahami perbezaan dalam setiap agama," ujar beliau yang menekankan bahawa ruang-ruang selamat seperti bengkel itu adalah penting untuk membina persahabatan antara masyarakat yang berbeza supaya sentimen agama tidak mudah dimain-mainkan dan menganggap orang yang berbeza pandangan sebagai musuh yang harus dihapuskan.



Dalam ucapan pembukaannya, Penasihat, Pusat bagi Pemahaman Antara Agama (Cifu) Profesor Yaacob Ibrahim, mantan Menteri Kabinet menyatakan bahawa belia hari ini harus memainkan peranan mereka untuk mengubah naratif silang agama dan kepercayaan untuk menjadi sesuatu yang lebih positif dan berkekalan supaya orang ramai dapat melihat bahawa tidak ada salahnya untuk mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza sebagai warga Singapura.



"Dahulu, apabila bercakap tentang bangsa dan agama, ia sentiasa dalam konteks untuk menguruskannya bagi keharmonian negara.



"Tetapi saya fikir agama dan bangsa adalah positif dan membawa orang ramai bersama-sama untuk memahami perspektif yang kepelbagaian dan berbeza.



"Kita harus mencari jalan untuk mengatakan jika kita dapat menguruskannya, kita akan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara," ujar beliau.



Bagi peserta bengkel, Cik Fathima Syeda Nazne, 20 tahun, bengkel itu memberikannya peluang untuk menerokai dan memahami agama-agama yang berlainan dan terutama sekali bagi agama yang mungkin tidak berapa diketahui oleh masyarakat umum.



"Pengalaman di bengkel ini telah membuka minda dan perspektif saya mengenai adanya pelbagai agama dan juga pelbagai mazhab, pemahaman, interpretasi dan pandangan dalam setiap agama.



"Perkongsian para peserta lain juga menunjukkan bahawa walaupun seseorang itu mempunyai agama yang sama, mereka juga berbeza dari segi nilai, tingkah laku dan pemahaman mereka terhadap isu-isu sosial yang diperbincangkan," ujar penduduk tetap itu yang telah dibesarkan di Singapura sejak berusia empat bulan.



Bagi Encik Anirudh Ajith, 25 tahun, beliau menyertai bengkel itu untuk mempelajari sesuatu yang baru dan melihat bagaimana landskap semasa bagi generasinya serta cara mereka berfikir.



"Semasa saya belajar di universiti, saya berpeluang untuk meneroka agama yang berbeza dari sudut pandangan falsafah.



Ia adalah titik permulaan bagi saya untuk meneroka agama yang berbeza sebagai satu cara untuk mengembangkan pemahaman saya," kata beliau yang telah tinggal di Singapura selama lapan tahun.



Bengkel belia yang bertemakan 'Keharmonian Agama sebagai Nilai Bersama' itu adalah di antara program-program yang dianjurkan oleh Dialogue Centre Limited bersama rakan kongsi dari organisasi-organisasi agama yang berlainan sempena menyambut Hari Agama Sedunia.



Ia dihadiri oleh 35 belia dari pelbagai agama termasuk mereka dari agama kurang dikenali umum seperti Kristian Latter-Day Saints, Jain, Baha'i dan seterusnya.




"Pengalaman di bengkel ini telah membuka minda dan perspektif saya mengenai adanya pelbagai agama dan juga pelbagai mazhab, pemahaman, interpretasi dan pandangan dalam setiap agama."
- Peserta bengkel, Cik Fathima Syeda Nazne, 20 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >