Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berani diri ambil vaksin

Lebih 5,000 kanak-kanak lima hingga enam tahun sudah daftar untuk vaksinasi Covid-19
Jan 14, 2022 | 05:30 AM



MUHAMMAD Aariz Mohammad Faizal, enam tahun, pada awalnya takut untuk mendapat suntikan vaksinasinya apabila ditemui di pusat vaksinasi di Our Tampines Hub (OTH).



Murid K2 dari Tadika MOE itu meluahkan rasa takut kerana melihat jarum suntikkan itu tajam.



Namun, setelah menerima suntikannya, dia berubah menjadi seorang kanak-kanak yang kembali ceria.



Dengan bangganya dia menudingkan jari ke arah suntikkannya itu dan berkata: "Saya tak nangis bila dapat vaksinasi tadi!"



Muhammad Aariz akur bahawa walaupun jarumnya tajam, dia telah memberanikan diri sambil memejamkan mata.



Si cilik itu turut diberikan dua pelekat gambar haiwan.



"Satu untuk saya dan satu untuk adik di rumah kerana dia suka pelekat," cerita Muhammad Aariz kepada Berita Harian apabila ditemui di luar dewan vaksinasi di OTH.



Selain itu, Muhammad Aariz juga peka dengan nasihat yang diberikan doktor iaitu dia tidak boleh lompat-lompat atau ke taman permainan.



Turut menemaninya menerima vaksin ialah abangya yang berusia sembilan tahun, serta bapa mereka, Encik Mohammad Faizal Saiyadi, 40 tahun.



Menurut Encik Mohammad Faizal, isterinya telah membantu menempahkan slot vaksinasi untuk anak-anak mereka.



"Isteri saya seorang jururawat dan sebelum ini, beliau telah membuat kajian dan bertanya bersama rakan kerja dan juga para doktor mengenai keselamatan vaksin bagi kanak-kanak.



"Setelah mendapatkan nasihat mereka, kami berdua tidak ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin untuk anak-anak kami," jelas bapa tiga anak itu yang berusia antara tiga dengan sembilan tahun.



Bekas teknisyen itu turut melahirkan keprihatinan jika anak-anak jatuh sakit akibat kesan sampingan vaksin.



"Kalau jatuh sakit tak mengapa sebab kami sudah sediakan ubat jika mereka tidak sihat selepas ini," kata beliau.



Lebih 5,000 kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun telah mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 mereka, kata jurucakap dari Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).



Apabila akhbar ini tiba di OTH pada sekitar 3 petang kelmarin, terdapat lebih 50 ibu bapa hadir untuk menemani anak mereka menerima vaksin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >