PERKUKUH IDENTITI MELAYU DI SINGAPURA: Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (tengah), menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan tetamu di satu acara masyarakat di Wisma Geylang Serai (WGS) baru-baru ini. Dr Maliki, yang juga Mayor CDC Southeast, ditugaskan memimpin projek WGS yang antara lain bertujuan menyemarak dan memperkukuh lagi identiti dan warisan Melayu di kawasan itu. – FotO Fail
DEKATKAN KHIDMAT DENGAN MASYARAKAT: Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berinteraksi dengan beberapa penduduk cilik semasa pelancaran Mendaki@Choa Chu Kang tahun lalu. Projek itu bertujuan mendekatkan lagi khidmat yang ditawarkan Mendaki dengan penduduk di kawasan itu. – Foto Fail
MEMPERKUKUH KELUARGA: Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, beramah mesra dengan murid-murid tajaka My First Skool di Yishun awal tahun ini. Beliau memimpin usaha bersepadu M3 untuk memperkukuh keluarga, bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak. – Foto Fail
PELBAGAIKAN USAHA CEGAH DADAH: Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin (berdiri, dua dari kiri) memberikan pelekat mengandungi mesej anti-dadah kepada pelanggan di Simpang Bedok, sebahagian kempen ‘Dadah Itu Haram’. Beliau memimpin usaha M3 untuk mempertingkat sokongan bagi banduan dan keluarga mereka. – Foto Fail
USAHA TINGKAT KEUPAYAAN PELAJAR: Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong Rahayu Mahzam (dua dari kanan) berbual-bual dengan pelajar yang dilantik sebagai Rakan Bahasa awal tahun ini. Cik Rahayu juga menggerakkan beberapa projek bimbingan bagi pelajar di bawah Mendaki dan beliau memimpin usaha M3 untuk mendekati dan meningkatkan prestasi pelajar Melayu Islam. – Foto Fail
Dapatkan artikel ini untuk diterbitkan semula
Video Baru
The BM Show 3 Ep 5: Hari Wanita Antarabangsa
FAKE Episod 3
Trailer siri Jaguh Memasak
The BM Show 3 Ep 1: Kempen Satu Hati, Satu Famili...
Mereka meredahi hujan panas demi membawakan anda...