Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri keterangan palsu: Lee Hsien Yang, Lee Suet Fern disiasat polis

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



POLIS telah membuka penyiasatan terhadap Encik Lee Hsien Yang dan isterinya, Cik Lee Suet Fern, atas kemungkinan kesalahan memberikan keterangan palsu dalam prosiding kehakiman, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, kepada Parlimen pada Khamis.



Pasangan itu telah meninggalkan Singapura selepas enggan menghadiri temu bual bersama polis, yang pada mulanya mereka bersetuju hadir, kata Encik Teo.



Beliau memberi jawapan bertulis kepada soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) mengenai ketepatan peristiwa yang ditulis dalam e-buku bertajuk The Battle Over Lee Kuan Yew's Last Will.



Pada 2020, Mahkamah Tiga Hakim dan tribunal tatatertib mendapati Encik Lee dan isterinya itu telah berbohong semasa prosiding tatatertib terhadap Cik Lee berhubung pengendalian wasiat terakhir Encik Lee Kuan Yew.



Cik Lee telah dirujuk ke tribunal tatatertib oleh Persatuan Undang-undang berhubung peranannya dalam penyediaan dan pelaksanaan wasiat terakhir mendiang Encik Lee Kuan Yew, bapa mertuanya, yang meninggal dunia pada 23 Mac 2015, pada usia 91 tahun.



Wasiat terakhir beliau mempunyai perbezaan ketara daripada wasiat keenam dan kedua terakhir, dan tidak mengandungi beberapa perubahan yang beliau inginkan dan dibincang dengan peguamnya Cik Kwa Kim Li, empat hari sebelumnya.



Antara perbezaannya ialah klausa perobohan - berkaitan dengan perobohan rumah miliknya di 38 Oxley Road selepas kematiannya - yang tidak dimasukkan dalam wasiat keenam atau kedua terakhir tetapi wujud di wasiat terakhir.



Klausa itu menjadi titik pertikaian antara anak-anak mendiang Encik Lee - Encik Lee Hsien Yang, Dr Lee Wei Ling dan abang mereka, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Peranan Cik Lee berhubung wasiat itu telah mencetuskan aduan Pejabat Peguam Negara kepada Persatuan Undang-undang tentang kemungkinan ada salah laku profesional di pihak Cik Lee, dan tribunal tatatertib telah diadakan untuk mendengar kes itu.



Selepas mendapati Cik Lee bersalah, tribunal merujuk kes itu ke Mahkamah Tiga Hakim, badan disiplin tertinggi untuk menangani kes salah laku peguam.



Encik Teo menyatakan bahawa kedua-dua Mahkamah dan Tribunal telah mendapati bahawa Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lee berbohong setelah mengangkat sumpah.



Memetik laporan Tribunal, beliau berkata pasangan itu telah membentangkan "pembohongan yang terperinci… setelah kededuanya mengangkat sumpah… dan melalui kenyataan awam dan kenyataan lain", yang telah dirujuk semasa prosiding, dan afidavit mereka mengandungi pembohongan yang "agak jelas".



Oleh yang demikian, polis telah memulakan siasatan ke atas mereka berhubung kemungkinan kesalahan memberikan keterangan palsu dalam prosiding kehakiman, kata Encik Teo.



Beliau menambah, dalam proses siasatan polis meminta temu bual dengan Encik Lee dan isterinya, yang pada mulanya mereka bersetuju untuk hadir.



"Namun, (mereka) kemudiannya berubah hati dan enggan hadir. Keengganan mereka mengecewakan.



"Keengganan mereka mengambil bahagian menimbulkan persoalan. Jika mereka benar tidak bersalah, siasatan akan memberi mereka peluang untuk membela diri.



"Mereka harus mengambil bahagian, mengambil peluang sepenuhnya untuk memberi penerangan, dan membersihkan nama mereka," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >