Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri manfaat kepada penjaja, pelanggan

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



Harap kaedah e-pembayaran dapat bantu tingkatkan jualan



SETELAH lama mencari rezeki dalam pelbagai pekerjaan, Cik Rahima Beevi, 50 tahun, membuat keputusan membuka sebuah gerai menjual daging lembu berdekatan gerai bapanya sekitar dua tahun lalu.



Cik Rahima merupakan pemilik gerai Tazmeen Beef Stall yang menjual daging lembu, manakala bapanya, Encik Mohd Faruk, 72 tahun, adalah pemilik gerai Faraz Ahmed Mutton Stall yang menjual ayam dan daging kambing di Pasar Pek Kio di Serangoon.



“Bapa saya telah berkecimpung dalam bidang menjual daging selama melebihi 20 tahun. Beliau pernah mempunyai gerai di kawasan Hougang, kemudian bekerja di gerai orang lain, antaranya di Pasar Tekka.



“Sekitar dua tahun lalu, kami membuat permohonan gerai di Pasar Pek Kio dan berjaya mendapat dua gerai di sini,” kata Cik Rahima, ibu seorang anak perempuan dan nenek dua cucu.



Cik Rahima pernah bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat dan sebagai guru tadika di sekolah antarabangsa serta memiliki sebuah kafe Internet selama tujuh tahun sebelum menutup kafe tersebut.



Berkongsi tentang perbezaan bekerja dalam suasana pejabat berbanding di pasar, Cik Rahima berkata: “Bekerja di pasar memberi suasana berlainan. Apabila bekerja di pejabat, anda seakan mempunyai barisan tugas yang perlu diselesaikan pada setiap hari, tetapi saya berasa bebas di pasar.



“Saya jumpa pelbagai macam orang di pasar dan cara berinteraksi dengan pelanggan juga berbeza,” kata Cik Rahima.



Namun, beliau berkata bapanya yang selalu memotong daging lembu di gerainya, manakala beliau membantu mencencang daging dan menjualnya kepada pelanggan.



Katanya lagi, mereka yang membeli daging lembu di Pasar Pek Kio segolongan besar adalah penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu dan mereka biasanya membeli daging secukupnya buat jamuan keluarga.



Bapanya pula, kadangkala, membekalkan ayam dan daging kambing untuk acara kecil-kecilan.

Namun, perniagaan mereka terjejas dengan kurangnya pelanggan semasa tempoh Pemutus Litar.

Ini mendorong beliau menawarkan khidmat penghantaran dengan mengambil tempahan melalui WhatsApp bagi memenuhi permintaan pelanggannya.



Justeru, beliau berasa penting baginya memahami wadah digital dan terbuka menyediakan khidmat e-pembayaran menerusi kaedah Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) buat gerai beliau dan gerai bapanya, baru-baru ini.



“Saya sendiri pernah melihat pelekat SGQR ini di kedai-kedai lain dan fikir ia baik untuk pelanggan yang tidak mempunyai wang tunai. Saya juga kadangkala berbelanja melalui e- pembayaran.



“Jadi, saya fikir ia satu peluang baik buat pelanggan yang ingin membeli daging melalui kaedah e-pembayaran SGQR,” kata Cik Rahima.



Beliau berharap perniagaan mereka kembali rancak seperti sebelum keadaan pandemik koronavirus Covid-19 dan kaedah e-pembayaran SGQR ini dapat membantu meningkatkan penjualannya semula.




Hampir 50 peratus pelanggan  guna e-pembayaran



SEAWAL 5 pagi, Encik Syed Ibrahimsha Ameer Hamsa, 32 tahun, telah mula menjual roti perata di gerai makan miliknya.



Gerai makannya yang dinamakan Muhammad Shazain Faiha Muslim Food Paradise terletak di Pasar Tiong Bahru.



Ia ditubuhkan sekitar dua tahun lalu dan dibuka dari 5 pagi hingga 9.30 malam.



Beliau turut memiliki sebuah lagi gerai makanan di Holland Drive, gerai makanan pertamanya yang ditubuhkan sekitar lima tahun lalu.



Kedua-dua gerai makanannya menjual hidangan India seperti roti perata, murtabak, nasi goreng, mi goreng dan nasi beriani.



Menurut Encik Syed, beliau mengambil keputusan menjadi penjaja kerana beliau sudah terdedah kepada perniagaan makanan sejak kecil lagi.



“Saya tolong bapa saya sejak muda lagi,” ujar Encik Syed.



Bapanya, juga seorang penjaja, memiliki gerai yang menjual hidangan India di Pusat Makanan Maxwell.



“Dulu, saya mula tolong bapa saya cuci pinggan dan membersihkan meja. Lama-kelamaan, bapa saya ajar saya masak,” kata Encik Syed.



Antara hidangan popular di gerainya ialah nasi beriani ayam, daging kambing dan daging kambing biri-biri.



Beliau mula menjual nasi beriani mulai 10 pagi dan biasanya habis dijual pada dua petang.



Bagi memelihara mutu dan rasa makanan yang dijual, Encik Syed sendiri yang membeli bahan-bahan makanan.



Beliau juga akan memasak kari dan sambal tumis yang dihidangkan dengan roti perata pada setiap hari, manakala, membuat rencah sambal hidangan mi goreng pada setiap dua atau tiga hari.



Kini, pelanggan yang tidak berpeluang mengunjungi gerai makanannya boleh membuat tempahan melalui aplikasi FoodPanda dan WhyQ.



Bagi menawarkan kemudahan kepada pelanggan, gerai makanan Encik Syed di Pasar Tiong Bahru dan Holland Drive menawarkan khidmat e-pembayaran melalui kaedah Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) sejak lebih enam bulan lalu.



“Hampir 50 peratus pelanggan saya kini membeli makanan melalui e-pembayaran SGQR.



“Saya mendapati ia memudahkan saya kerana kadangkala, semasa saya menyiapkan makanan, tangan saya berminyak. Dengan kaedah e-pembayaran SGQR ini, saya tidak perlu pegang wang tunai atau khuatir tentang memulangkan baki wang pelanggan.



“Saya juga mempunyai lebih masa menyiap dan menyajikan makanan kepada pelanggan,” kata Encik Syed.



Malah, ada juga pelanggan yang cuba menipu Encik Syed dengan berpura-pura mengimbas pelekat SGQR dan kata mereka sudah bayar.



Tetapi, Encik Syed bersikap berjaga-jaga dan akan memeriksa halaman transaksi bank di telefon bijak mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >