Beri masa dan ruang bagi Swee Keat pulih
May 23, 2016 | 05:30 AM
BERIKAN Encik Heng Swee Keat masa dan ruang untuk pulih, kata Menteri Persekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Diminta berkongsi perkembangan terkini tentang keadaan Encik Heng, yang diserang angin ahmar dua minggu lalu, Encik Masagos berkata beliau dan pasukannya daripada GRC Tampines belum lagi melawatnya.