Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan definisi meritokrasi kekal luas, urus dengan teliti

Chan Chun Sing: Tidak setakat hargai bakat dari sudut satu dimensi saja
Jun 03, 2021 | 05:30 AM



MERITOKRASI di Singapura merupakan sesuatu yang sedang diusahakan secara tetap dan ia perlu diuruskan dengan teliti bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang mungkin tidak diingini, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Ini bermakna memastikan definisi meritorasi kekal luas berbanding sekadar menghargai bakat daripada sudut satu dimensi sahaja, katanya.



Ia juga bermakna memastikan meritokrasi berterusan dan melebihi daripada menduduki "satu peperiksaan yang amat penting...dan ia mencorak seseorang sepanjang hayat."



Dalam satu ucapan kepada penonton dalam talian yang merangkumi lebih 10,000 pendidik di pembukaan Persidangan Guru-Guru Kementerian Pendidikan dan ExCEL Fest semalam, Encik Chan berkata: "Singapura harus terus mencari peluang untuk membenarkan bakat berbeza membangun mengikut caranya sendiri dan kumpulan yang bejaya juga tidak harus bersikap sambil lewa".



Beliau menambah mereka yang berkelebihan mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan, agar Singapura menjadi lebih inklusif.



ExCEL Fest merupakan acara dalam talian tiga hari yang bertujuan menghubungkan para guru dengan trend terkini dalam bidang mereka selain mengetengahkan inovasi sekolah yang meraih anugerah.



Dalam ucapannya, Encik Chan menekankan kepada guru pentingnya nilai yang akan menjadi pengukuh generasi masa depan sedang mereka mengemudi dunia yang semakin kompleks



Meritokrasi merupakan salah satu nilai tersebut, katanya.



Tetapi pada masa yang sama, penting untuk rakyat Singapura bersikap terbuka dan inklusif, serta menjadi warga yang dipercayai dan berprinsip.



Adalah sukar menurutnya, bagi negara yang mempunyai sekitar empat juta penduduk untuk sering mempunyai idea yang baik.



Namun ia mempunyai peluang untuk kekal berdaya saing, sekiranya ia kekal terbuka dan terhubung dengan dunia.



"Mempunyai kaitan dengan dunia bukan satu pilihan, tetapi strategi bagi penakatan kita," tambahnya.



Beliau juga menambah reputasi Singapura sebagai sebuah negara yang amanah, berprinsip dan jujur memberikan syarikat berbilang negara sebab untuk melabur di sini.



Ia juga menjelaskan mengapa acara antarabangsa penting diadakan di sini.



"Ini merupakan reputasi yang bukan mudah diraih. Tetapi ia juga reputasi yang boleh hilang dengan mudah," kata Encik Chan.



"Ia memerlukan kita semua untuk membangunkan dan mengekalkan reputasi ini."



Encik Chan turut menyentuh untuk memastikan sistem pendidikan berterusan dengan cara yang mampan meski terdapatnya ancaman Covid-19.



Melakukan demikian memerlukan ujian dan keupayaan pengasingan yang lebih cepat dan meluas agar dapat mengepung bahagian sistem yang terjejas sementara membenarkan yang lain beroperasi seperti biasa," katanya.



Ia juga memerlukan pelajar dan pendidik untuk mengimbangi pelbagai bentuk pembelajaran dan pengajian sesuai dengan keadaan.



"Pembelajaran teradun bukan satu pilihan yang baik untuk diadakan," kata Encik Chan.



"Pembelajaran teradun kini merupakan peluang yang perlu kita rebut, untuk mengajar warga kita agar menyesuaikan diri secara fleksibel di tengah-tengah ketidaktentuan."




BERI PELUANG BAKAT MEMBANGUN IKUT CARA SENDIRI BERI PELUANG BAKAT MEMBANGUN IKUT CARA SENDIRI



"Singapura harus terus mencari peluang untuk membenarkan bakat berbeza membangun mengikut caranya sendiri dan kumpulan yang berjaya juga tidak harus bersikap sambil lewa".
- Encik Chan Chun Sing, Menteri Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >