Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri peluang penerima Agab kongsi kepakaran: Maliki

Nov 05, 2021 | 07:18 PM



ANUGERAH Guru Arif Budiman (Agab) boleh dijadikan lebih bermakna dengan meningkatkan peluang bagi penerima anugerah mengongsi kepakaran mereka dengan guru lain, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.


“Antara penyesuaian yang boleh dipertimbangkan adalah untuk menjadikan Agab lebih bermakna, dengan memberi lebih banyak peluang kepada guru Agab untuk menyumbang kembali kepada bidang perguruan.


“Jika kita boleh memberi ruang untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka, menunjukkan apa keistimewaan mereka sebagai guru Agab, saya rasa ini boleh memberi motivasi kepada guru yang lain,” kata Dr Maliki, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).


Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Berita Harian (BH) sempena ulang tahun ke-15 Agab tahun ini.


Beberapa guru bakal ditabal sebagai Guru Arif Budiman dalam satu majlis penyampaian anugerah tersebut pada Sabtu (6 Nov).



Agab dianjurkan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).


Anugerah itu bertujuan mengiktiraf guru bahasa Melayu yang cemerlang dalam usaha mereka menggalak dan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran.


Sejak Agab dimulakan pada 2007, anugerah itu telah memberi inspirasi kepada guru-guru bahasa Melayu, kata Dr Maliki.


Terdapat dua kategori anugerah itu – Agab Teladan bagi guru yang berkhidmat lebih 10 tahun, dan Agab Perangsang bagi guru yang berkhidmat kurang 10 tahun.


Pengiktirafan penting bukan sahaja bagi guru lebih mapan, bahkan mereka yang baru berkecimpung dalam bidang pendidikan bahasa Melayu.



"Ini penting kerana ramai antara anak-anak kita hari ini, kita tahu bahawa penggunaan bahasa mereka mungkin tidak di taraf yang kita inginkan.



“Dengan melihat guru-guru muda menggunakan bahasa secara semula jadi, ia dapat memberi motivasi kepada anak-anak kita,” ujar Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >