Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS PADA MASA DEPAN

Beri tumpuan kembangkan ekonomi

Pelihara hab perniagaan S'pura, tarik pelaburan asing, kembangkan syarikat dan usahawan setempat antara tunggak strategi
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah berjaya menghadapi krisis ekonomi paling teruk sejak mencapai kemerdekaan sedang negara ini memanfaatkan setiap sumber yang ada untuk menyokong pekerja dan syarikat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Hasilnya, negara ini dapat bangkit lebih kukuh.



Namun sekarang, Encik Lee berkata adalah masa bagi Singapura berubah pendekatan.



"Ini bukan lagi tentang pengeluaran rizab untuk membantu kita menakat.



"Ini tentang menghasilkan pertumbuhan dan pekerjaan baru serta kemakmuran bagi masa akan datang," ujarnya.



Ekonomi global juga bertambah rancak, dengan Amerika Syarikat dan China tumbuh dengan kukuh serta Eropah kian pulih, Encik Lee berkata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) lebih yakin dan telah menaikkan ramalan pertumbuhan bagi negara ini kepada 6 hingga 7 peratus.



Encik Lee turut menggariskan tiga perkara yang perlu dilakukan untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang.



Ini termasuk memelihara status Singapura sebagai hab perniagaan, menarik lebih banyak pelaburan asing serta mengembangkan syarikat dan usahawan negara ini.



Banyak syarikat berbilang negara (MNC) menubuhkan pangkalan serantau mereka di Singapura, dengan kakitangan mereka - setempat dan asing - perlu keluar negara untuk melawat operasi di negara lain.



Ini juga dilakukan perusahaan setempat.



Oleh itu, jika sempadan negara ini ditutup terlalu lama, MNC dan perusahaan setempat akan terjejas dan ekonomi negara ini akan menghadapi kesannya secara tetap.



Maka adalah penting Singapura membuka semula sempadannya dan membolehkan lebih ramai orang keluar dan masuk Singapura dengan cara yang selamat, kata Encik Lee.



Singapura juga harus kekal menarik kepada pelabur.



Walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) berjaya mendapatkan syarikat besar melabur di Singapura.



Antara lain, BioNTech, iaitu salah satu daripada dua syarikat yang menghasilkan vaksin Pfizer-BioNTech, akan menubuhkan kemudahan mereka di sini.



Pengilang semikonduktor GlobalFoundries yang mempunyai lima kilang wafer di sini akan membina kilang keenam tahun di negara ini.



Selain itu, Zoom pula telah membuka pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) di sini, yang merupakan yang pertama di Asia Tenggara.



Encik Lee berkata EDB mempunyai lebih banyak projek pada masa akan datang dan pelaburan ini akan menghasilkan banyak pekerjaan baik bagi warga Singapura.



Beliau turut menarik perhatian bahawa syarikat Singapura harus meninggalkan kesan dalam ekonomi baru.



Malah, ada juga yang telah menjadi nama global seperti Carro, SecretLab dan Carousell.



Enterprise Singapore (ESG) juga sedang berusaha menyokong lebih ramai usahawan untuk mengikut jejak mereka memasuki pasaran dunia, merebut peluang baru dan mengembangkan perniagaan mereka.



Antara mereka termasuk Cik Yvon Bock yang mengasaskan Hegen, sebuah syarikat yang menawarkan botol susu bayi dan peralatannya.



"Perniagaan ini tidak mudah disebabkan jumlah kecil bayi yang dihasilkan warga Singapura.



"Maka dari awal lagi, Yvon berkembang ke pasaran lain dan produk Hegen popular di China, Korea dan Israel.



"Dan apabila Covid-19 melanda, banyak wadah runcit fizikal Hegen ditutup, jadi Yvon beralih ke pemasaran di dalam talian. Beliau mempertingkat laman webnya, mengadakan siaran langsung dalam beberapa bahasa dan mengambil lebih ramai pekerja untuk memenuhi pesanan," ujar Encik Lee.



Kini, enjin pertumbuhan utama Hegen ialah penjualan di dalam talian.



Encik Lee berkata pemerintah akan mewujudkan sekitaran bagi usahawan seperti Cik Bock menubuhkan dan mengembangkan syarikat mereka.



Namun selain subsidi dan geran, azam dan kebijaksanaan usahawan itu sendiri yang akan menjamin kejayaan mereka.




STRATEGI JANA  PERTUMBUHAN,  PEKERJAAN  BARU



"Sekarang kita harus  ubah pendekatan. Ini  bukan lagi tentang  pengeluaran rizab untuk  membantu kita menakat.  Ini tentang menghasilkan  pertumbuhan dan  pekerjaan baru serta  kemakmuran bagi masa  akan datang. Ekonomi  global bertambah rancak  – Amerika Syarikat dan  China tumbuh dengan  kukuh, Eropah kian  pulih – dan ini  merupakan pasaran  besar kita. Sebab itulah  Kementerian  Perdagangan dan  Perusahaan (MTI) lebih  yakin yang Singapura  akan berada dalam  keadaan baik dan telah  menaikkan ramalan  pertumbuhan kita  kepada 6 hingga 7  peratus. Untuk  mengekalkan  pertumbuhan jangka  panjang, kita perlu  lakukan tiga perkara –  memelihara status kita  sebagai hab perniagaan,  menarik lebih banyak  pelaburan asing serta  mengembangkan  syarikat dan usahawan  Singapura.”  
– Perdana Menteri Lee Hsien  Loong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >