Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hantaran pesanan makanan palsu berkait pemiutang haram: Polis

Beberapa penghantar makanan Foodpanda terjejas
Mar 12, 2021 | 05:30 AM



PESANAN makanan Foodpanda palsu yang mendapat perhatian awam baru-baru ini ada kaitan dengan perbuatan pemiutang haram yang menggunakan khidmat penghantaran makanan untuk mengganggu orang yang berhutang, kata polis.



Tempahan sedemikian, yang dibuat dengan membayar tunai apabila makanan dihantar atau 'cash-on-delivery' (COD), serupa dengan tempahan sah lain, tetapi pekerja penghantaran biasanya tiba di alamat yang diberikan tanpa berpeluang mendapat bayaran.



Tiada penghuni rumah yang menerima pesanan dan pelanggan yang membuat tempahan tersebut tidak dapat dihubungi.



Keadaan ini menarik perhatian apabila beberapa pekerja khidmat penghantaran tiba serentak di sebuah unit flat HDB di Bedok dan tiada sesiapa untuk menerima pesanan tersebut.



Pekerja tersebut telah membuat perjalanan yang sesia dan penjual makanan tidak mendapat bayaran.



Masalah ini kerap berlaku sejak dua bulan lalu melibatkan penghantar makanan yang menggunakan aplikasi Foodpanda.



Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), polis berkata trend itu membayangkan ada perbuatan sengaja untuk mengganggu penghuni rumah oleh pemiutang tanpa lesen.



"Trend kebelakangan ini di mana penghantar makanan Foodpanda menerima pesanan palsu ada kaitan dengan pemiutang tanpa lesen yang menggunakan pembekal makanan dan penyedia khidmat penghantaran makanan untuk mengganggu peminjam dan menyusahkan mereka serta anggota awam lain," kata jurucakap polis.



Difahamkan polis juga sedang menyiasat satu lagi kes di mana penduduk di satu alamat di Ang Mo Kio menerima makanan yang tidak dipesan.



Bercakap kepada ST, beberapa penghantar makanan Foodpanda berkata bilangan pesanan palsu yang diterima mereka telah bertambah sejak dua bulan lalu.



Secara purata, mereka kini menerima sehingga satu pesanan palsu setiap hari berbanding satu pesanan palsu sebulan pada tahun lalu.



Encik Muhammad Asyraf, 31 tahun, berkata beliau menerima dua hingga tiga pesanan palsu seminggu pada bulan lalu.



Pelanggan yang menggunakan Foodpanda boleh memilih membayar bagi pesanan mereka menggunakan kad kredit atau debit atau wadah tanpa tunai seperti dompet elektronik atau e-wallet.



Namun, mereka juga boleh memilih membayar tunai apabila makanan diterima.



Jurucakap Foodpanda berkata cara bayar tunai yang ditawarkan adalah bagi pengguna yang tidak menggunakan kaedah bayar tanpa tunai.



"Kami merayu supaya khidmat penghantaran makanan dan pilihan pembayaran COD digunakan secara bertanggungjawab, dengan mengambil kira keadaan penghantar makanan yang bekerja siang malam untuk menghantar makanan ke rumah kita," ujar beliau.



Menurut Foodpanda, algoritma atau sofwe yang digunakannya akan mengadang akaun yang dianggap palsu. Ini termasuk sebarang akaun baru yang dimulakan menggunakan alat yang sama.



Namun, penghantar makanan berkata adalah lebih baik jika Foodpanda menyatakan sama ada sesuatu pesanan menggunakan wadah bayar secara COD sebelum mereka menerima pesanan itu.



Pada masa ini, penghantar makanan hanya mendapat tahu tentang wadah bayaran selepas tiba di restoran untuk mengambil pesanan tersebut.



Penghantar makanan yang tidak menerima pesanan boleh dikenakan rating lebih rendah, yang boleh menjejas pendapatan mereka, menurut maklumat di laman web Foodpanda.



Sekitar 300 penghantar makanan telah bergabung untuk menubuhkan kumpulan Telegram Foodpanda Scam Alert untuk memberi amaran kepada penghantar makanan lain mengenai alamat yang dihubungkan dengan pesanan palsu.



Pada masa ini, tiada berita tentang pesanan palsu serupa yang menjejas penghantar makanan yang menggunakan wadah Deliveroo dan GrabFood.



Deliveroo tidak menggunakan wadah pembayaran COD dan GrabFood pula mempunyai beberapa ciri perlindungan bagi wadah tersebut.



Penghantar makanannya tidak akan menerima pesanan COD jika pelanggan tersebut mempunyai baki kredit yang tidak mencukupi dalam dompet-e dan ciri tokok nilai automatik dimatikan.



Grab juga berkata tidak lama lagi ia akan mengehadkan nilai tempahan bagi pelanggan tertentu yang membayar secara COD dan pelanggan ini perlu menggunakan wadah tanpa tunai untuk mencukupkan bayaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >