Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kebanyakan siswazah universiti setempat tahun lalu dapat kerja

NUS
Feb 20, 2021 | 05:30 AM



KEBANYAKAN pelajar yang menamatkan pengajian di empat universiti setempat tahun lalu telah mendapat kerja dan menerima gaji permulaan median lebih tinggi.



Mereka yang bekerja sepenuh masa dalam sektor teknologi maklumat dan teknologi digital pula terus menerima gaji tertinggi.



Namun, lebih ramai siswazah - atau sekitar 20 peratus - pada tahun lalu bekerja secara sambilan atau menjadi pelatih, berikutan keadaan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.



Siswazah baru menerima gaji kasar median $3,700 sebulan pada tahun lalu berbanding $3,600 sebulan yang diterima pada 2019, mengikut tinjauan pekerjaan siswazah tahunan yang dijalankan bersama oleh universiti di sini.



Tinjauan itu, yang pertama dilakukan sejak pandemik melanda, diterbitkan semalam.



Pada keseluruhannya, 93.6 peratus siswazah mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas peperiksaan akhir mereka - lebih tinggi berbanding 90.7 peratus siswazah pada 2019.



Angka ini merangkumi siswazah yang bekerja sepenuh masa, sambilan dan sementara atau yang bekerja bebas.



Mereka yang lulus daripada kursus seperti sains perkomputeran, keselamatan siber dan kejuruteraan sofwe menerima gaji kasar median bulanan tertinggi iaitu $4,760.



Kumpulan siswazah ini juga yang paling dikehendaki majikan, dengan 87.3 peratus daripada mereka mendapat kerja sepenuh masa.



Namun, tinjauan tahunan yang dilakukan pada November tahun lalu itu menunjukkan kumpulan siswazah yang bekerja sepenuh masa telah berkurangan, daripada 81.7 peraus pada 2019 kepada 69.8 peratus pada masa ini.



Lagi 22.3 peratus siswazah baru pada tahun lalu pula mula bekerja sambilan atau secara sementara - meningkat daripada tujuh peratus pada tahun sebelumnya.



Menurut tinjauan itu, sekitar separuh daripada kumpulan itu atau 11.3 peratus siswazah, terpaksa menerima pekerjaan sedemikian pada tahun lalu - peningkatan besar berbanding 2.4 peratus pada 2019.



Lebih 75 peratus siswazah yang bekerja sambilan atau memegang peranan sebagai pelatih, menyertai Program Pelatih SGUnited.



Diperkenal pada tahun lalu, program tersebut membantu lulusan baru dari universiti dan politeknik meraih pengalaman kerja yang sesuai sementara menanti pekerjaan tetap apabila ekonomi menjadi lebih baik.



Selain mendapat pengalaman kerja, peserta program ini juga diberikan elaun.



Sokongan pemerintah bagi Program Pelatih SGUnited telah dilanjutkan sehingga 31 Mac tahun depan memandangkan kesan pandemik terhadap pasaran kerja.



Semasa menyampaikan kenyataan Belanjawan awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata bantuan tambahan akan dilanjutkan kepada pekerja yang memerlukan sokongan untuk mendapat kerja, termasuk menerusi program seperti Kemahiran SGUnited dan Pelatih SGUnited.



Tinjauan pekerjaan siswazah itu juga mendapati bilangan siswazah yang melakukan kerja secara bebas adalah 1.5 peratus pada tahun lalu, lebih rendah berbanding 2 peratus pada 2019.



Tinjauan itu disertai 11,800 siswazah baru daripada program sepenuh masa di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Ia dilakukan sekitar enam bulan selepas siswazah menduduki peperiksaan akhir masing-masing.



Tinjauan terhadap siswazah Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Teknologi dan Desain Singapura (SUTD) sedang berlangsung dan laporannya akan diterbitkan kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >