Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

Hampa tapi pasukan 4G fahami keputusan DPM Heng undur diri

Masagos: Pasukan 4G berazam kekalkan tahap kepercayaan rakyat, jadi pasukan kuat dan berusaha terbaik bagi rakyat dan negara
Apr 10, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN 4G Parti Tindakan Rakyat (PAP) memahami keputusan yang diambil Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat kelmarin untuk mengundur diri sebagai ketua 4G, sekali gus sebagai perdana menteri selanjutnya.



Walaupun keputusan itu agak menghampakan, namun pasukan 4G menerima dan menghormati keputusan itu, jelas Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Namun beliau menambah, parti pemerintah itu telah sekian lama menghasilkan kepimpinan yang terbaik dan mampu bekerjasama sebagai satu pasukan bersepadu.



"Pasukan 4G telah memilih DPM untuk memimpin kami pada 2018.



"Beliaulah yang paling berpengalaman dalam kalangan kami, bersikap konsultatif, dan mempunyai semangat kepasukanan yang kami sangat inginkan sebagai gaya kepimpinan untuk pasukan 4G.



"Kami faham keputusan DPM adalah sangat sukar, ia menghampakan kami, dan kami akur rakyat prihatin. Kami menerima dan menghormati keputusan ini," kata Encik Masagos, juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Encik Masagos yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines merupakan rakan AP DPM Heng di GRC itu sejak 2011.



Pada pilihan raya tahun lalu pula, DPM Heng berpindah dan bertanding di GRC East Coast.



Menyusuli keputusan DPM Heng untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan 4G, kumpulan itu kini perlu melantik seorang daripada mereka untuk menjadi ketua baru, sekali gus bakal menjadi perdana menteri negara ini selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersara kelak.



Dalam perkara ini, Encik Masagos berkata:



"Kami harap masyarakat akan faham bahawa kami perlu waktu untuk memilih pemimpin baru pada masa yang sesuai.



"Kami akan terus memberi fokus untuk bersama menjamin kesejahteraan rakyat mengatasi krisis wabak Covid-19, dan juga membuat persiapan menghadapi cabaran baru selepas Covid-19.



"Kami pasukan 4G berazam untuk mengekalkan tahap kepercayaan rakyat Singapura dan menjadi pasukan yang kuat dan berusaha yang terbaik bagi Singapura dan rakyat Singapura," ujarnya.



Selain itu, Encik Masagos mengatakan pasukan 4G juga semakin kukuh.



"Setiap anggota pasukan 4G kini berpengalaman kerana telah menerajui portfolio masing-masing selama bertahun-tahun dan saling menyokong satu sama lain.



"Malah, krisis Covid-19 yang kami semua sebagai rakyat mengharungi telah menguatkan lagi ikatan kami. Dan sekarang, berani kami katakan bahawa kami lebih kuat sebagai individu dan sebagai pasukan," jelasnya.



PM Lee telah menerima keputusan DPM Heng untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan 4G, namun meminta beliau supaya meneruskan jawatannya sebagai DPM dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi.



Beliau juga mengekalkan jawatan setiausaha agung pertama PAP.



Menurut PM Lee, DPM Heng telah menjalankan tugas cemerlang sebagai Menteri Kewangan lebih-lebih lagi dalam tempoh setahun lalu.




PASUKAN 4G TERUS BERI FOKUS JAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT ATASI PANDEMIK 



"Kami harap masyarakat akan faham bahawa kami perlu waktu untuk memilih pemimpin baru pada masa yang sesuai.

Kami akan terus memberi fokus untuk bersama menjamin kesejahteraan rakyat mengatasi krisis wabak Covid-19, dan juga membuat persiapan menghadapi cabaran baru selepas Covid-19.

Kami pasukan 4G berazam untuk mengekalkan tahap kepercayaan rakyat Singapura dan menjadi pasukan yang kuat dan berusaha yang terbaik bagi Singapura dan rakyat Singapura.''

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >