Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang S'pura-M'sia naik sempena cuti Tahun Baru Cina

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



TAMBANG perjalanan udara dan darat sehala dari Singapura ke Malaysia untuk bulan depan telah meningkat.



Kenaikan tersebut sejajar dengan cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 22 hingga 24 Januari ini.



Tinjauan yang dijalankan minggu ini menunjukkan tambang pesawat ekonomi sehala dari Singapura ke Malaysia telah meningkat antara $77 dengan $749 mulai 15 Januari hingga 21 Januari, naik daripada antara $66 dengan $281 bagi perjalanan dari 8 Januari hingga 14 Januari.



Jurucakap syarikat penerbangan Malaysia Airlines berkata harga tiket ekonomi sehala terendah antara 8 Januari dengan 21 Januari berharga $139.



"Akibat harga pesawat yang dinamik di serata dunia, permintaan tinggi bagi penerbangan, dan terutamanya dekat tarikh penerbangan sempena Tahun Baru Cina, pada masa ini agak tinggi," katanya.



Bagi syarikat AirAsia, purata harga tambang tiket kelas ekonomi sehala berharga $77 bagi penerbangan mulai 15 Januari hingga 21 Januari, naik daripada $69 bagi penerbangan antara 8 Januari dengan 14 Januari.



"Sebagai sebuah pesawat untuk orang ramai, dan di sebalik kos operasi selepas pandemik yang kian meningkat, kami akan terus perjuangkan tambang dengan nilai terbaik yang lebih penting buat masa ini," kata ketua pegawai komersil kumpulan syarikat penerbangan itu, Cik Karen Ho.



Beliau menambah bahawa syarikat itu menggalak pengguna untuk merancang dan menempah penerbangan mereka dengan lebih awal.



Harga tiket bas sehala dari Singapura ke Ipoh dan Kuala Lumpur juga telah meningkat seminggu sebelum Tahun Baru Cina.



Pemeriksaan akhbar The Straits Times (ST) menunjukkan bahawa harga tiket adalah dari $30 hingga $120 bagi perjalanan antara 15 Januari hingga 21 Januari - naik daripada $30 hingga $80 seminggu sebelum itu.



Operator bas, Golden Coach Express, telah menaikkan harga tiket bagi perjalanan dari Singapura ke Ipoh mulai 16 Januari hingga 24 Januari kepada antara $80 dengan $170, naik daripada harga biasa sebanyak $45.



Pengurus besar syarikat itu, Encik Leong Ying Ken, mengaitkan kenaikan dalam tambang kepada beberapa faktor, termasuk permintaan dari warga Malaysia dan kos operasi tambahan yang dikenakan semasa musim cuti.



Seperti contoh, syarikat itu akan perlu menyewa sebanyak tujuh hingga lapan bas tambahan dan mendapatkan 14 hingga 16 lagi pemandu mulai 18 Januari hingga 24 Januari, kata Encik Leong.



Yuran bagi perkhidmatan pengangkutan yang berpangkalan di Malaysia juga telah meningkat sekitar 20 peratus.



D'Cars Limo Transport Service, yang menggunakan kereta privet, kenderaan berbilang guna dan van untuk perjalanan antara Singapura dengan Malaysia, telah menaikkan harga perjalanan sehalanya.



Seperti contoh, satu perjalanan ke Johor seminggu sebelum Tahun Baru Cina dianggarkan sekitar $100, naik daripada $80 dalam tempoh yang sama pada 2019.



Di sebalik kenaikan harga, penyedia perjalanan memberitahu ST bahawa permintaan bagi tiket menjelang Tahun Baru Cina telah meningkat sekitar 40 peratus, dan mereka jangkakan permintaan untuk terus naik.



Syarikat penerbangan Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Jetstar Asia dan AirAsia berkata mereka telah menyaksikan permintaan yang kukuh untuk penerbangan ke Malaysia.



Cik Chan berkata AirAsia telah menyaksikan kenaikan positif dalam permintaan bagi penerbangan dari Singapura ke Kuala Lumpur antara 8 Januari dengan 21 Januari.



Beliau memberi contoh bahawa tempat duduk yang dijual bagi penerbangan antara 15 Januari dengan 21 Januari adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding seminggu sebelum itu, katanya.



Tanpa memberi butiran lanjut, beliau berkata bahawa sesetengah penerbangan semasa waktu sibuk pada 20 dan 21 Januari telah ditempah sepenuhnya.



Beliau menambah bahawa syarikat penerbangan itu jangkakan permintaan akan terus meningkat, terutamanya semasa kemuncak Tahun Baru Cina.



Tanpa berkongsi sebarang angka, Jetstar juga berkata bahawa syarikat itu telah menyaksikan permintaan kukuh di seluruh rangkaiannya, termasuk dari Singapura ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.



Ini kerana ramai warga Malaysia pulang untuk sambutan bersama keluarga, kata jurucakapnya.



Jurucakap D'Cars Limo Transport Service, Encik Ashraf, pula berkata beliau telah terima tempahan daripada lebih 100 warga Malaysia dalam minggu menjelang Tahun Baru Cina, berbanding dengan 20 hingga 30 warga Malaysia seminggu sebelum itu.



Syarikat Golden Coach Express pula berkata sekitar 80 peratus tiketnya dari Singapura ke Kuala Lumpur dan Ipoh bagi perjalanan antara 15 Januari dengan 21 Januari telah dijual.



Warga Malaysia membentuk 90 peratus daripada tempahan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >