Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersama 'nai nai' sambut CNY yang unik tahun ini

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



SEPERTI tahun-tahun sudah, wanita kacukan Cina dan Melayu, Cik Sakinah Rafiq Tan Hui Ling, meluangkan hari pertama Tahun Baru Cina (CNY) di rumah nai nai (nenek dalam bahasa Cina), bersama ibu dan dua adik lelakinya.



Amalan itu diteruskan walaupun bapanya telah meninggal dunia dua tahun lalu kerana Cik Sakinah, 28 tahun, amat rapat dan mesra dengan keluarga Cina sebelah bapanya.



Seperti biasa, beliau, yang yang lebih fasih berbahasa Mandarin daripada Melayu, akan meluangkan masa di sana dari tengah hari hingga lewat petang untuk makan-makan dan bersembang dengan neneknya, Cik Annie Loh, 83 tahun.



Namun terdapat sedikit perbezaan tahun ini disebabkan oleh sekatan Covid-19 yang hanya membenarkan lapan pengunjung bagi setiap isi rumah.



Cik Sakinah tidak dapat berjumpa dengan saudara-mara lain kerana mereka telah membuat rancangan untuk bergilir-gilir mengunjungi Cik Loh, yang mempunyai seorang lagi anak lelaki.



"Dulu, bapa saya akan memastikan beliau mengucapkan selamat tahun baru kepada kami dan memberi kami hong bao.



"Kami tidak menghias rumah atau membeli baju baru untuk Tahun Baru Cina tapi mengamalkan pemberian hong bao dan limau. Apabila kami keluar mengunjung, kami akan memakai pakaian yang berwarna terang. Kami teruskan amalan ini walaupun bapa sudah meninggal dunia," kata pelajar Institut Teknologi Singapura (SIT) itu.



Ini kali pertama Cik Sakinah, yang berumah tangga Disember lalu, akan memberi hong bao kepada saudaranya yang belum berkahwin, dan juga orang tua seperti ibu dan neneknya.



Suaminya yang berbangsa Melayu juga akan menyertai sambutan Tahun Baru Cina keluarga Cik Sakinah tahun ini.



"Suami saya tanya apakah kita perlu membawa makanan halal sendiri. Saya memberitahunya kita tidak perlu risau tentang itu kerana makanan halal akan disediakan untuk keluarga saya. Malah bagi makan malam bersama atau reunion dinner, bapa saudara saya biasanya akan membeli makanan India kerana beliau sukakan sajian itu.



"Tapi tahun ini kami tidak akan menyertai makan malam bersama disebabkan sekatan Covid-19," kata Cik Sakinah yang turut mengongsi pengalamannya di laman Muslim.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >