Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersama sumbang respons inovatif, berkesan demi masa depan SG: DPM Wong

Tarik perhatian pada peranan penting pegawai awam dampingi warga lebih luas bagi jayakan inisiatif Hala Tuju SG
Jul 07, 2022 | 05:30 AM



PEGAWAI awam akan mempunyai peranan penting dalam inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura yang akan datang dan mereka harus mendampingi warga Singapura dalam cara yang jujur dan betul, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Beliau menyeru sektor awam agar terus bekerjasama dengan sektor swasta dan rakyat untuk menghasilkan respons yang inovatif dan berkesan bagi menghadapi cabaran masa depan, serta mengukuhkan kompak sosial.



Berucap kepada pegawai perkhidmatan awam di Majlis Anugerah Transformasi Sektor Awam Covid-19 di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central semalam, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata Singapura sedang menghadapi cabaran di luar dan dalam negara.



Beliau menggariskan bagaimana negara ini perlu bersedia untuk menghadapi dunia yang lebih berbahaya dan bermasalah di masa hadapan, dengan persaingan geo-politik yang semakin meningkat di kalangan kuasa-kuasa besar.



Di dalam negara, Singapura juga perlu melakukan lebih banyak lagi untuk mengekalkan mobiliti sosial dan menjaga bilangan warga emas yang semakin meningkat, kata Encik Wong.



Banci 2020 menunjukkan bahawa penduduk berumur 65 tahun dan ke atas membentuk 15.2 peratus daripada populasi penduduk tahun lepas, naik daripada 9 peratus pada 2010.



"Dalam menghadapi cabaran-cabaran ini, kini lebih daripada sebelumnya, kita mesti bersama dan terus bersatu sebagai sebuah negara. Dan itulah sebabnya saya baru-baru ini melancarkan inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura - untuk menyegarkan dan mengukuhkan kompak sosial kita bagi pembangunan seterusnya," katanya.



Encik Wong melancarkan inisiatif setahun itu pada 28 Jun lalu. Diketuai oleh Encik Wong dan pasukan pemimpin generasi keempatnya, ia menyediakan wadah untuk warga Singapura menawarkan idea bagi membentuk Singapura yang lebih belas kasihan dan saksama.



Satu laporan akan dikeluarkan pada pertengahan tahun depan.



Berbalik kepada situasi Covid-19 tempatan, Encik Wong berkata Singapura masih belum keluar daripada bahaya, kerana ia berada di tengah-tengah gelombang baru yang disebabkan oleh subvarian Omicron BA.4 dan BA.5.



Buat masa ini, kebanyakan kes tidak begitu teruk dan keadaan hospital tempatan masih dapat bertahan, katanya, tetapi mengingatkan bahawa akan ada mutasi baru yang mungkin lebih agresif dan berbahaya daripada Omicron.



Encik Wong memuji perkhidmatan awam, dengan mengatakan ia telah melakukan kerja yang baik dalam perjuangan Singapura menentang Covid- 19.



Beliau menukil bagaimana kemudahan penjagaan masyarakat di Singapore Expo ditubuhkan dalam masa kurang sebulan untuk menangani lonjakan kes pada April 2020.



Terdapat keperluan untuk menyediakan kemudahan sedemikian dengan segera bagi memastikan hospital di sini tidak dibebani, dan Kementerian Kesihatan (MOH), bersama-sama dengan rakan kongsi sektor swasta dan awam, menukar kesemua 10 dewan Expo menjadi kemudahan dengan 8,500 katil.



Beliau juga memberi penghormatan kepada pegawai yang menjalankan operasi sepanjang masa di sempadan Singapura, hospital dan operasi vaksinasi, serta mereka yang membantu melaksanakan dan menguatkuasakan langkah pengurusan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >