Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Bersihkan meja selepas makan: Hanya satu amaran bertulis dikeluarkan

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



SEJAK tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang tidak membersihkan meja selepas menjamu selera di pusat penjaja pada 1 September lalu, satu amaran bertulis telah diberi kepada seorang individu kerana enggan mengikut nasihat pegawai penguatkuasaan untuk memulangkan pinggan mangkuk yang kotor.



Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) berhubung jumlah amaran yang diberi dan denda yang dikenakan di Parlimen semalam.



Namun tambahnya, tiada denda dikenakan sejauh ini.



Tindakan penguatkuasaan itu mula berkuat kuasa selepas tempoh penasihat selama tiga bulan.



"Pengunjung rata-ratanya bekerjasama di pusat penjaja kami, dengan ramai mengambil inisiatif memulangkan dulang dan pinggan mangkuk kotor mereka selepas makan atau berbuat demikian apabila dinasihatkan.



"Sebab yang biasa diberi pengunjung apabila mereka tidak membersihkan meja selepas makan ialah mereka terlupa," ujarnya.



Di bawah peraturan itu, pengunjung yang tidak membersihkan dulang dan pinggan mangkuk kotor serta sampah mereka akan dinasihatkan oleh pegawai penguatkuasa terlebih dahulu.



Jika mereka enggan mematuhi nasihat pegawai, butiran mereka akan dicatat dan mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama mereka.



Hanya pesalah kali kedua atau selanjutnya akan dikenakan denda atau diheret ke mahkamah.



Dr Khor berkata pemerintah akan meneruskan usaha mendekati masyarakat secara meluas untuk memastikan orang ramai pihak berkepentingan utama sedar akan keperluan memulangkan dulang dan pinggan mangkuk yang kotor selepas menjamu selera di tempat makan awam.



Ini termasuk menggunakan bahan mendekati masyarakat dalam pelbagai bahasa di media massa dan wadah media sosial serta peringatan di pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan.



Malah, mereka juga akan bekerjasama dengan pertubuhan akar umbi, sekolah dan kumpulan belia.



Mulai 1 Januari, Agensi Makanan Singapura (SFA) juga akan mula mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang tidak membersihkan meja selepas menjamu selera di kedai kopi dan pusat makanan.



Ini akan menyusuli tempoh penasihat selama dua bulan dari 1 November hingga 31 Disember.



"Kami berharap lebih ramai orang akan menjalankan tanggungjawab sosial mereka, memulangkan dulang serta pinggan mangkuk kotor, dan agar ini dapat menjadi norma sosial di Singapura," ujar Dr Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >