SERAMAI 22 murid Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah berpeluang melawat pejabat Berita Harian untuk menyelami dunia kewartawanan.
Buat julung-julung kalinya, akhbar ini dan Madrasah Irsyad bekerjasama dalam satu projek untuk melahirkan program berbentuk aktiviti luar darjah atau kegiatan kokurikular (CCA).