Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

BH jalankan tinjauan demi kekal relevan, penuhi selera pembaca

Pembaca boleh sertai tinjauan di gerai BH di WGS atau melalui dalam talian; inisiatif bertujuan penuhi cita rasa anda melalui kandungan akhbar cetak dan digital yang lebih menarik
Mar 31, 2023 | 05:30 AM



SATU tinjauan akan dijalankan oleh Berita Harian (BH) bagi membolehkan akhbar ini mengetahui lanjut mengenai pembaca dan audiens akhbar ini.



Ia membolehkan akhbar ini kekal relevan dan memenuhi cita rasa pembaca melalui kandungan akhbar cetak dan digital yang lebih menarik.



Tinjauan itu akan dijalankan di gerai BH di Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS) yang akan diadakan mulai Jumaat, 31 Mac, hingga 20 April.



Selain di gerai BH, para pembaca akan juga dapat melakukan tinjauan itu secara dalam talian.



Namun, mereka yang menunjukkan tinjauan lengkap di gerai BH berpeluang mendapat beg BH percuma (sementara stok masih ada).



Pada petang 31 Mac, acara pertama yang akan diadakan merupakan temu ramah yang dijalankan secara langsung bersama Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Encik Abdul Halim Abdul Rashid.



Beliau akan ditemu ramah dalam satu Podcast yang akan disiarkan secara langsung di media sosial BH oleh Koresponden BH, Cik Atiyyah Mohd Said.



Mengupas topik Bagaimana kembangkan duit anda?, beliau akan menyentuh cara individu dalam mengembangkan wang mereka bagi memenuhi matlamat dalam kehidupan seperti membeli rumah, menunaikan haji dan berkahwin.



Di tengah-tengah inflasi yang meningkat, Encik Halim juga akan menjelaskan cara bagi orang ramai mengembangkan wang mereka melalui pelbagai aset yang ada.



Pada 2 April, band 'Indie' dari Malaysia, Kugiran Masdo, akan menemui pengunjung.



Mereka akan ditemu ramah dalam Podcast yang akan dikendalikan oleh Editor Podcast BH, Cik Shahida Sarhid, dan wartawan berbilang media, Encik Harith Mustaffa.



Ini kali pertama kumpulan itu akan ditemu ramah secara live dalam ruang terbuka dan dekat dengan pengunjung.



Bagi menyerikan sesi itu, kumpulan yang popular itu akan juga mempersembahkan satu lagu akustik ringkas bagi penonton.



Banyak lagi acara menarik akan diadakan pada hari-hari mendatang termasuk dua sesi memasak bersama Cef Mel Dean pada 7 dan 20 April.



Satu temu bual khas akan juga diadakan bersama juara dunia pencak silat dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohd Saiful, pada 14 April.



Beliau akan mengongsi jerih-payah berlatih dalam bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri menghadapi temasya Sukan SEA mendatang serta memberi panduan untuk menjadi juara dunia.



Memberikan motivasi agama ialah satu podcast secara langsung yang akan diadakan dengan Ustazah Liyana Musfirah.



Beliau akan mengongsi bagaimana Ramadan membantu kesihatan mental kita.



Semua dipersilakan hadir.




BHAZAR BERITA HARIAN



TEMPAT: Gerai Berita Harian di Anjung@Wisma Geylang Serai



TARIKH: 31 Mac - 20 April



SENARAI KEGIATAN:



31 Mac



5 petang: Podcast bersama Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Encik Abdul Halim Abdul Rashid, bertajuk 'Bagaimana kembangkan duit anda?'



6.45 petang: Sesi kenali wartawan BH



2 April



5 petang: Podcast dan persembahan akustik ringkas bersama Kugiran Masdo



7 April



3.30 petang: Podcast bersama Ustazah Liyana Musfirah bertajuk 'Adakah Ramadan bantu dalam kesihatan mental kita?'



5.30 petang: Belajar Masak bersama Cef Mel Dean:



- Quesadilla Daging Lembu Keju



- Guacamole Sambal Hijau dan Salsa Mangga



14 April



5 petang: Podcast bersama Juara Dunia Pencak Silat dan Pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohd Saiful bertajuk 'Pengorbanan untuk menjadi juara dunia'



20 April



4.30 petang: Belajar Masak bersama Cef Mel Dean:



- Enchilada Rendang Lembu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >