Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Biar jauh di mata, tapi dekat di hati... dan elak jangkitan

* Bersikap tanggungjawab, contohnya jika kurang sihat, jumpa doktor dan rehat di rumah;
* Jauhkan diri strategi berkesan bagi kurangi risiko jangkitan
Mar 12, 2020 | 05:30 AM



LANGKAH menjauhkan diri atau social distancing adalah antara usaha berkesan dalam mengehadkan risiko jangkitan virus seperti Covid-19 terutama sekiranya langkah kuarantin secara meluas adalah sesuatu yang tidak praktikal.



Berkongsi pandangan itu, golongan pakar juga memberitahu Berita Harian (BH) bahawa langkah sedemikian adalah perlu memandangkan virus tersebut kini sudah menular dengan pantas secara global.



Langkah menjauhkan diri itu bermaksud cuba menjauhi diri anda daripada orang lain - terutama apabila anda berasa kurang sihat - dan dalam sekitaran yang ramai orang seperti di sekolah, tempat kerja atau acara-acara tertentu.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan berkata ia sedang memantau keadaan di Singapura dan juga di negara-negara lain dan sedang mengkaji pelbagai jenis langkah menjauhkan diri yang boleh diambil untuk memperlahankan kadar penularan virus.



Kelmarin, Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak bagi Covid-19, berkata pihaknya sedar bahawa langkah menjauhkan diri boleh menjejas secara mendalam kehidupan warga Singapura.



Namun, beliau turut menerangkan sedang Covid-19 semakin menular secara global, kawalan di sempadan bakal menjadi kurang relevan dan tidak begitu berkesan.



Singapura, menurutnya, perlu merubah pendekatan dan mempertingkat kawalan penularan virus itu di dalam negara dengan memperkenalkan lebih banyak langkah menjauhkan diri.



Beliau berkata pemerintah sedang meneliti langkah-langkah menjauhkan diri lebih luas yang boleh diperkenalkan seperti masa kerja berasingan atau kerja dari rumah, larangan bagi acara awam, kegiatan masyarakat, penutupan sekolah dan tempat kerja bahkah acara-acara keagamaan.



"Kami akan menelitinya secara meluas dan lihat apa yang boleh diperkenalkan," ujar beliau.



Diminta mengulas, pakar jantung dan Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raffles, Dr Abdul Razakjr Omar, berkata langkah menjauhkan diri itu memainkan peranan penting dalam mengehadkan jangkitan Covid-19 sedang kita menunggu bagi vaksin dan rawatan yang sesuai dicipta.



Menurut ramai pakar, ini akan memakan masa kira-kira setahun.



Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Hospital Mount Elizabeth Novena, Dr Leong Hoe Nam, berkata untuk langkah menjauhkan diri berhasil, semua pihak harus memainkan peranan.



"Korea Selatan dan China telah menunjukkan bahawa langkah menjauhkan diri berhasil. Lebih agresif langkahnya dilakukan, lebih berhasil. Ini adalah kelemahan virus ini," katanya lagi.



Seorang lagi pakar, doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, berkata langkah menjauhkan diri bukan hanya melindungi kita, malah juga melindungi orang lain terutama golongan yang lebih terdedah kepada risiko jangkitan.



"Pada masa ini, kumpulan yang berisiko tinggi adalah golongan warga emas, mereka yang berpenyakit kronik dan individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.



"Justeru, dengan mengamalkan langkah menjauhkan diri, kita bukan hanya melindungi diri kita, malah golongan ini daripada risiko jangkitan," ujar beliau.




LANGKAH JAUHKAN DIRI



Langkah menjauhkan diri bermaksud cuba menjauhi diri anda daripada orang lain, terutama dalam sekitaran yang ramai orang seperti di sekolah, tempat kerja atau acara-acara tertentu



Antara langkah yang boleh diambil



- Kerja dari rumah

- Larangan bagi acara dan kegiatan melibatkan jumlah peserta yang ramai, termasuk acara keagamaan

- Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Hospital Mount Elizabeth Novena, Dr Leong Hoe Nam: Virus yang merebak melalui titisan mempunyai had jangkauan antara 1 hingga 2 meter, bergantung kepada sumber. Had ini boleh dijadikan garis panduan




LINDUNGI DIRI DAN GOLONGAN BERISIKO



"Pada masa ini, kumpulan yang berisiko tinggi adalah golongan warga emas, mereka yang berpenyakit kronik dan individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.

"Justeru, dengan mengamalkan langkah menjauhkan diri, kita bukan hanya melindungi diri kita, malah golongan ini daripada risiko jangkitan."
- Doktor keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >