Melaksanakan prinsip dan pendekatan yang betul dalam menangani kelompok Covid-19, di samping penglibatan semua orang dalam mematuhi arahan dan memainkan peranan, akan menentukan keberkesanan dalam memerangi koronavirus. Dua doktor - Dr Norhisham Main, Pengarah Perubatan Paliatif dan Sokongan di Hospital Besar Ng Teng Fong; dan Dr Zuraimi Mohamed Dahlan, Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), berkongsi pandangan mereka dengan SUHAIMI MOHSEN.
JANGAN biarkan perasaan kita, rasa takut atau tidak takut, terhadap Covid-19 mengurangkan rasa tanggungjawab dan penjagaan kita terhadap orang-orang di sekeliling.