Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biasiswa MKAC baru bagi pelajar politeknik, ITE kurang kemampuan

Aug 05, 2023 | 04:38 PM



Satu dermasiswa baru bagi pelajar daripada keluarga kurang kemampuan yang menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik telah dilancar oleh Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) pada Sabtu.

Sejumlah 12 pelajar, yang masing-masing menerima $250, menjadi kumpulan penerima pertama dermasiswa Anugerah Shine Bright MKAC itu.

Dermasiswa itu, yang akan diberikan setiap tahun, ditaja oleh penderma, Dr Sheena Ramazanu seorang Felo Penyelidik di Institut Kepimpinan untuk Transformasi Kesihatan Global (Light).

Isu-isu yang dihadapi masyarakat sering menjadi keprihatinan beliau kata Dr Sheena, yang pada masa ini sedang menjalankan penyelidikan diabetes untuk masyarakat Melayu/Islam dan India Muslim

Bercakap kepada Berita Minggu, Dr Sheena yang merupakan pelajar dari aliran Normal Akademik berkata beliau mahu mendekati pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan, selain memberi mereka inspirasi untuk berjaya.


“MKAC mempunyai hubungan baik dengan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan mereka sudah menjalankan tugas itu dengan baik. Oleh itu, saya ingin memanfaatkan kepakaran MKAC dan mengusahakan inisiatif ini,” kata Dr Sheena, menambah.

“Latar belakang kita tidak seharusnya menentukan potensi kejayaan kita... ada juga sebahagian anggota masyarakat yang bertanggapan mereka pelajar lebih lemah.

“Justeru, dengan berkongsi pengalaman dan perjuangan ini, saya berharap ia memberi dorongan dan motivasi untuk mereka juga berjaya dan membina naratif kejayaan mereka sendiri,” ujar beliau yang turut menekankan peri penting melabur usaha dan sumber bagi golongan muda ini, terutama di peringkat penting pendidikan mereka.

Penerima biasiswa menerima anugerah masing-masing di ibu pejabat MKAC di Telok Kurau pada Sabtu.

Tetamu kehormat di acara itu ialah Dr Jamie Cahoon dari Montana, Amerika Syarikat, yang bekerjasama dengan Dr Sheena untuk memperluas idea bagi dermasiswa Anugerah Shine Bright.

Mereka telah bertemu semasa menjalani program Felo Profesional Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI PFP) pada Oktober 2022.

Anugerah Shine Bright juga akan dianugerahkan kepada pelajar daripada keluarga Orang Asli Amerika di Montana yang kurang berkemampuan.

Menurut Dr Sheena, penglibatan beliau dengan penerima biasiswa tidak akan berakhir dengan penyampaian anugerah.

“Dalam tempoh enam bulan ini, saya akan membuat usaha susulan dan memastikan 12 pelajar ini terus mendapatkan bimbingan dan motivasi untuk berjaya. Sistem sokongan yang baik adalah penting terutamanya pada masa yang sukar,” kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >