Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biasiswa PPIS bagi kaum Hawa ikuti pengajian possiswazah

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) telah melancarkan biasiswa pertama bagi membolehkan wanita meneruskan kursus possiswazah.



Biasiswa Possiswazah khas untuk Wanita Islam (MW) yang bernilai $150,000 selama 10 tahun dari 2023 hingga 2033 atau $15,000 setahun, ditawarkan hasil kerjasama Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).



Ia dibuka bagi pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Sastera, Sains atau Pentadbiran Perniagaan atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang-bidang termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem), gerontologi dan kerja kemasyarakatan.



Ia akan mula ditawar pada Jun tahun depan dan ditadbir LBKM.



Biasiswa itu dilancarkan sempena Majlis Jamuan Makan Malam bagi meraikan ulang tahun ke-70 PPIS di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands malam tadi yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Menyambut baik biasiswa itu, Encik Wong berkata ia dapat membangunkan pemikiran dan amalan pemimpin wanita dalam masyarakat Melayu/Islam.



"Ia bukan sahaja meliputi bidang seperti kerja kemasyarakatan dan pengajian wanita, malah juga kursus dalam bidang tradisional yang biasanya dikuasai kaum lelaki seperti Stem," kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.



PPIS perkasa wanita, kukuhkan keluarga



Biasiswa ini ingin mengiktiraf kepentingan menyediakan sokongan dan sumber agar wanita boleh berjaya sambil mencipta kemajuan positif dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka.



Pemohon boleh memilih mengikuti bidang pengajian seperti STEM; Pengajian Wanita; Gerontologi; Geriatrik; Kerja Kemasyarakatan atau mana-mana bidang lain yang berkaitan.



Menurut Encik Wong, PPIS telah memainkan peranan penting memperkasa wanita dan keluarga di Singapura.



Daripada sebuah badan kecil, PPIS berkembang menjadi salah satu badan utama berkhidmat untuk masyarakat Islam hari ini.



"Dengan kerjasama erat, banyak yang telah kita capai untuk bantu wanita Islam Singapura maju. Dan saya yakin, banyak lagi yang boleh kita lakukan,'' kata Encik Wong.



Dalam tempoh 70 tahun, PPIS telah berkembang dengan ketara dan terus menyokong perjuangan wanita dalam pelbagai cara.



Ini termasuk mempunyai 17 pusat yang menawarkan rangkaian perkhidmatan sosial demi menyokong bukan sahaja wanita dan keluarga Melayu/Islam, tetapi juga warga Singapura dari semua kaum dan agama.



Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, berkata PPIS mesti terus mengorak langkah untuk memperjuangkan wanita.



"Generasi pemimpin wanita yang cemerlang dan berani, yang jauh mendahului zaman mereka membolehkan wanita hari ini bermimpi, melonjak dan mencapai kejayaan. Semua orang mesti memainkan peranan untuk menjayakannya, terutamanya kaum Adam kita,'' katanya.



Majlis itu juga menyaksikan penyampaian empat anugerah yang mengiktiraf peranan penting rakan kongsi dan individu kepada program dan perkhidmatan PPIS.



Salah seorang penerima anugerah Lighting Lives ialah Mantan Presiden Terkini PPIS, Cik Rahayu Mohamad yang diiktiraf kerana kepimpinan dan nasihat yang diberikan dalam perkembangan dan kemajuan organisasi itu.



"Anugerah ini, bukan saja mengiktiraf saya, tetapi juga kepada kumpulan wanita yang memipin bersama saya.



Yang penting, ia sekaligus memecahkan stigma dan persepsi bahawa wanita tidak memiliki kemampuan atau tidak berupaya untuk memimpin. Malah, sebaliknya mereka perlu diberikan peluang dan ruang yang setara," kata Cik Rahayu.



Seorang guru sekolah menengah, Encik Zulhafiz Zainal juga telah menerima anugerah Pengiktirafan Sukarelawan Khas.



Beliau bermula sebagai sukarelawan di PPIS 7oaks Student di Bedok sejak 2014. Kini, Encik Zulhafiz menyediakan bahan dan mengadakan bengkel motivasi dan pendidikan setiap cuti sekolah bersama ibu bapa dan pelajar.



Selain itu, Institut Pengajian Tinggi Alzuhri telah menerima anugerah Penderma Emas, manakala Cik Zaleha Ahmad menerima anugerah kakitangan yang paling lama berkhidmat dengan PPIS selama 33 tahun.




“Biasiswa itu bertujuan untuk membangunkan pemikiran wanita dan amalan pemimpin dalam masyarakat Melayu-Islam. Bukan sahaja bidang seperti kerja kemasyarakatan, dan pengajian wanita, bahkan juga kursus dalam bidang tradisional yang didominasi lelaki seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Saya berharap ia akan membantu mengembangkan bilangan wanita contoh untuk masyarakat Melayu-Islam dan terus mencabar konsep masyarakat tentang apa yang boleh dicapai oleh wanita dalam masyarakat.”
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >