Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bicara kes Yang Yin bermula hari ini

Pemandu pelancong China cuba tipu janda kaya $40 juta
May 30, 2016 | 09:56 AM



KES melibatkan seorang bekas pemandu pelancong China, Yang Yin, yang dituduh cuba menipu seorang warga tua sebanyak $40 juta, akan dibicarakan hari ini (30 Mei).



Yang, 42 tahun, cuba menipu seorang janda kaya berusia 89 tahun, Cik Chung Khin Chun, dengan tujuan mendapatkan wang tunai dan harta miliknya.



Secara keseluruhannya, Yang menghadapi 349 tuduhan jenayah, dengan tuduhan paling serius melibatkan kesalahan pecah amanah di mana dia mengeluarkan wang berjumlah $1.1 juta milik Cik Chung.



Perbicaraan hari ini melibatkan tuduhan berkenaan kesalahan pemalsuan dan berkaitan imigresen.



Yang telah meringkuk di Penjara Changi sejak 19 bulan lalu, selepas diberkas pada September 2014.



Dia dihadapkan ke mahkamah sebulan kemudian dan telah dinafikan peluang diikat jamin.



Kes penipuan ini timbul selepas anak saudara Cik Chung, Cik Hedy Mok, memulakan tindakan guaman ke atas Yang kerana didakwa cuba menipu ibu saudaranya itu untuk memindahkan asetnya kepada Yang.



Suami Cik Chung, Dr Chou Sip King, meninggal dunia pada 2007 dan pasangan itu memiliki sebuah banglo di Gerald Cresent di Yio Chu Kang Road.



Yang pertama kali bertemu dengan Cik Chung semasa dia bertindak sebagai pemandu pelancong peribadi semasa lawatannya ke China pada 2008.



Beliau datang ke Singapura setahun kemudian dan tinggal di banglo Cik Chung, dan kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat dan mendapatkan Pas Pekerjaan untuk bekerja di sini.



Dia kemudian diberikan taraf penduduk tetap dan membawa isteri dan dua anak kecilnya, dengan seluruh keluarga tinggal di banglo berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >